kemarau di Afrika...apa itkibar yg kita dapat?



Setiap hari kira-kira 60 orang bayi mati akibat kelaparan dan kekurangan zat makanan. Dalam tempoh 24 jam lebih 3,000 orang yang keletihan dan kekurangan makanan tiba di kem-kem bantuan. Kehidupan kira-kira setengah juta kanak-kanak kini terancam. Keseluruhannya, tidak kurang daripada 12 juta penduduk wilayah itu kini diancam kebuluran. Saban hari kehidupan mereka semakin nazak. Ini dapat dilihat pada keadaan fizikal setiap kanak-kanak yang tiba di kem-kem pelarian. Semua mereka kurus kering dan lesu.


Ada yang berjalan selama 20 hari dalam keadaan cuaca panas mencecah 50 darjah celsius sebelum sampai ke kem-kem yang menyediakan makanan untuk mereka. Dalam usaha mencari makanan, beberapa keluarga sanggup jalan berkaki ayam berhari-hari merentasi padang pasir yang panas dan kering. Tidak semua daripada mereka yang berjaya. Ada antaranya terutama kanak-kanak mati ketika dalam usaha mencari makanan itu."

- Utusan 12/7/11


saya masih lagi teringat-ingat artikel ni... sangat2 terkesan pada diri saya.... sebenarnya saya sekarang ni sedang berpuasa... ada masa bila saya x sahur..badan saya jd terketar2 bila dh petang.... ada masa, bila saya lewat berbuka..perut dh mula lapar minta di isi.... bila keadaan jd macam ni, saya mula teringatkan artikel nih… macam mana ler bayi-bayi dan kanak2 di sana yg menahan lapar? Sampai ada yg mati disebabkan x makan…. Saya x tau ape yg korang fikir tp saya sangat sedih….saya terbayang anak saya… sedihnyer kl anak saya jadi macam 2….


Di negara kita ni, makanan dibuang2 jer… apa salahnyer kl masa kita nk makan 2, ambik cukup2 jer… pastu, kl byk sangat..jgn ler dibuang… habiskan jugak ler… bazir tau…saya tengok, terutamanya wanita, (sori yer kl ada yg terasa) ramai yg makan x abis… kl sepinggan nasi 2, ada la tinggal secuit jer lagi nasi..dibiarkan jer…itu pun xleh nk abiskan…


Harapan saya, bulan Ramadhan yg bakal tiba ni, mungkin sedikit sebanyak dapat mengajar kita tentang penderitaan orang lain macam yg kt Afrika 2… mungkin lebih ramai yg akan mula sedar dengan nikmat yg Allah beri pada kita….dan saya berharap… akan ramai yg mula berjimat dan elakkan pembaziran berlaku…

satu soalan yg bermain di fikiran saya, apa tindakan kita untuk membantu mereka di sana? apa yg negara kita sumbangkan pada mereka? adakah?

Comments

renung2kan...dan selamat beramal...