dah setahun dah....

January 03, 2012


salam semua....

Hari ini genaplah setahun blog Jaa Jahat ni dan daripada seorang sahaja follower sekarang sudah 309 orang. Alhamdulillah, walaupun tidak sehebat blogger-blogger lain tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang sudi membaca entri saya...hehe...

Dan sebenarnya permulaan tahun ini tidaklah begitu seronok bagi saya sebabnya ada dua orang staf dari pejabat ini yang akan berpindah ke tempat lain. Sedih la jugak sebab kami di sini tak seramai mana, kebanyakkan mereka ini adalah penyelidik so banyak masa diorang di luar berbanding di pejabat. Jadinya bila diorang ini ditukarkan ke tempat lain terasa la jugak kehilangan tu. Diorang nak centralize kan semua staf IT. Lepas ni, dah takde dah gurau senda dari diorang dan kerja saya pun makin bertambah disebabkan salah seorang staf tu membantu saya dari segi mengemaskini aset-aset ICT.

Semalam sebelum tidur, sempat lagi saya beritahu my hubby yang saya tak sedap hati nak menongkah tahun baru ni. Sebabnya setiap kali bermulanya tahun baru, bermacam-macam dugaan yang akan tiba walau macam mana kita cuba mengelak. Oleh sebab itu, saya berharap tahun ni takde lagi masalah-masalah seperti tahun-tahun yang lepas.. ops, masalah yang saya maksudkan ialah masalah berkaitan kerja yer, bukan berkaitan lain.    Sebabnya masalah berkaitan kerja inilah yang selalu memeningkan kepala sehingga saya takde mood nak datang kerja..haha.. adoi, awal-awal tahun dah fikir bukan-bukan, tak elok, tak elok...

Sempena hari hari pertama bekerja di tahun baru nih, saya berazam untuk meningkatkan prestasi kerja yang makin menurun ni....(konon...heheh)...oklah, mood nak start kerja dah sampai...


bye semua...

You Might Also Like

4 comments

  1. hihii baguih2.... mood nk wat keje tu sampai tepat pd ms... *dihujung entry*... hihii

    btw... eppy annibersary jaa jah@t..

    ReplyDelete
  2. wow...setahun sudaa...selamat hari lahir jaa jah@t..

    ReplyDelete
  3. kejap jer, dah setahun blog kak.ja... k.ja punya followers pun rmai, dah 3 rts lbh..

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram