Idlan dah mula berdikari..


petang semalam, lepas balik kerja, saya n hubby bawak Idlan pergi kedai, saja jer la bawak dia jalan-jalan... lagipun masa tu kami haus masa tu, so, kami singgah le beli air kat pasar mini... Idlan masuk-masuk jer kedai tu, terus jerit " yeay" sambil berlari ke arah freezer (yang ada minuman sejuk tu, macam yogurt, susu dll).. amboi budak ni, dah kenal freezer tu ada jual minuman kesukaan dia.. apa lagi kalau bukan VITAGEN.... erm, tak leh nak kata apa dah... so, masa belek-belek harga tu saya tengok yang twin paket lagi murah, Rm7.90 jer berbanding kalau satu pek RM4.20... so, saya ambik ler yang twin pek tu... sekali Idlan bising nak bawakkan.. mulanya saya tak nak bagi sebab agak berat la kan untuk dia.. tapi bila dia dah berbaring atas lantai sambil naangis-nagis tu, saya bagi la jugak....


dah bagi baru ler dia ok.. tapi kesian tengok dia bawak terkedek-kedek... berat la katakan... so, saya ambik ler balik... merajuk algi.. baring lagi atas lantai pasar raya tu...adeh.. takpela. bagi la dia bawak...


pastu bila saya tengok dia dah bawak jauh dan lama saya ambik la balik.. buat lagi aksi baring atas lantai tu.. adeh, anak aku nih... so, last-saya saya bagi jela dia bawak... nak tergelak pun ada tengok gaya dia bawak Vitagen tu...


last-last saya panggil la dia untuk candid gambar yang terakhir..hehe.. demi Vitagen, dia sanggup bawak walaupun berat... yang penting.. " Ini saya punya..haha"


p/s: disebabkan dia batuk semalam, mama dia yang kebas sebotol dulu.. hehe

Comments

PinkUmmi said…
ala sweetnya die.....
Zie said…
dia nak tolong mama dia tu..pandai idlan ni..
Tak suka anak wat kuaq lentang atas lantai huhu dania suka duduk.. Kalau merjuk ap2 twrus duduk..
IntaNBerliaN said…
hihii... dah idlan kan lelaki.. mestilah kuat kan.. kalau ank perempuan, tlg bwk hanbag mcm alisha... walaupun handbag sy tu berat.. sampai senget bahu.. tp kerana nak bergaya punya pasal... xkisah... ahhahahha

*idlan sk baring ats lantai ms ngamuk ek.. walaupun dkt kedai??.. dasyat ni idlan.. hihiii.. xmacho la.. :-)
anisalya said…
anak2 akak suka nutrigen.
banyaknya air idlan bawak...tak berat ke? hihihi
alolo...cian die. comel je budak kecik ni jalan terkedek2 bwk vitagen. berat ea... :p