check up 35 weeks...dan habbatus sauda

August 09, 2012


salam semua...

pagi tadi saya pergi checkup untuk mingu ke-35...


hasil check up hari ni ialah berat turun 1 kg... hb plak naik dari 10.5 ke 11.0...alhamdulillah... itu yang saya risaukan sebabnya saya tak makan langsung zat besi dari klinik... cuma 2 hari lepas saya ada sembang-sembang dengan kawan saya yang tengah pregnant 36 weeks.. dia dulu hb bawah 10 rasanya tapi lepas dia makan habbatus sauda..hb dia naik mendadak...so, saya pun try la makan jugak habbatus sauda tu..dah kebetulan memang ada kat rumah hubby beli.... sebelum ni saya memang tau habbatus sauda ni ubat segala penyakit selain mati... tapi apa kebaikan sebenarnya tak pula saya ambil tau..hehe...

so, lepas balik opis tadi, saya google la kelebihan habbatus sauda ni... ini antara info yang saya dapat:

Habbatus Sauda kaya dengan:

~ monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
~ polysaccharide
~ fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
~ amino acid yang membentuk protein
~ karotene iaitu sumber vitamin A
~ kalsium, zat besi, dsb.

sumber: SINI

Ciri-ciri lain ialah:
1. Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
3. Selsema
4. Tekanan Darah Tinggi
5. Alahan (Allergic)
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
7. Melancarkan Pengeluaran Susu Ibu
8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
10. Barah
11. Kuman-kuman
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
13. Kencing Manis
14. Rheumatisme

sumber : SINI




so, lepas ni saya akan amalkan makan habbatus suada ni jugak la selain kurma... sebab dia jugak anti-bakteria..mungkin boleh membantu dalam menyelesaikan masalah jangkitan GBS yang saya alami tu..insya allah...so, nak makan dia senang jer...campur jer dia dalam minum kita... tapi dia akan jadi bersedak la..dia tak larut pun dalam air....try la...tapi tak tau la kalau korang nk telan sebiji-sebiji.sebab saya punya hubby dah blend siap-siap untuk letak dalam susu Idlan..apa-apa pun korang try la dulu k...


 

You Might Also Like

4 comments

  1. semoga selamat semuanya sehingga bersalin ya..

    ReplyDelete
  2. Saya plak HB rendah masa pegnant dulu. Smoga semuanya di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  3. mcm bagus je habbatus sauda ni..

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram