Idlan dah 2 tahun hari ni...

August 06, 2012


salam semua...

hari ni, genaplah 2 tahun usia Idlan....dah besar dah anak mama nih..huhu...kejap jer dah 2 tahun...sejak nak masuk 2 tahun dan sejak nak jadi "Abang" ni... dah pandai berdikari..suma nak buat sendiri...makan pun tak nak saya suapkan dah.. walaupun banyak yang jatuh ke baju dari ke dalam mulut... saya bukan apa, tak suka makanan tu bazir bila banyak yang jatuh keluar ... huhu...

lepas tu, hari-hari nak tengok video dalam handphone saya dan hubby... video dalam laptop tak payah cerita la... suma dia nak tengok.. tapi yang paling saya tak tahan bila dia pandai pulak nak buat pilihan video mana yang dia nak tengok...sampai kadang tu saya dah tak tau nak tunjuk video apa....Idlan ni plak dia layan video clip je yer...ala, video yang ada muzik-muzik jer.. yang cerita-cerita nih dia tak layan...nasib baik ler dia nak juga layan lagu-lagu maher zain dan lagu nasyid yang lain... kalau tidak jenuh saya nak cari video kanak-kanak jer...

sejak akhir-akhir ni saya perasan dia suka tengok video masa dia kecil-kecil dulu.. dan bila saya tanya "tu siapa" dia jawab " Idlan"..hehe.. kalau tunjuk gambar abah dia... laju jer jawab "Abah".. tapi bila tunjuk gambar mama dia.. macam-macam bunyi keluar...huhu...tapi kadang-kadang la..ada juga ler keluar "Mama" tu....


baru-baru ni saya sempat ambil gambar dia tengah main...

 ha, tengok..pensel warna tu bukannya dia gua untuk kaler-kaler sangat pun... dia main susun-susun macam kereta api jer...

 ha, ini plak cutton bud yang saya beli masa dia kecik dulu.. tak guna pun sebab Dr tak bagi korek telinga dia.. Dr cakap biarkan je... so, saya biarkan jela...last-last jadi mainan dia pulak...ha, tengokla...sama kan macam kat atas tu...dan semalam saya nampak dia main susun-susun macam ni juga tapi guna yang macam lego tu... tapi saya tak leh nak ambik gambar masa tu sebab bateri handphone kong (ye, saya guna hp jer..takde kamera...huhu)

erm, ini jelah aktiviti yang terbaru saya sempat snap bila dia dah cukup 2 tahun...hehe... sebenarnya satu jer harapan saya, semoga Idlan akan sentiasa sihat pada masa akan datang memandangkan sebelum ni dia kerap juga sakit....lagipun, lepas ni Idlan dah nak ada adik..kena fokus lebih sikit la kat adik pulak kan...tapi satu yang saya perasan, Idlan masih belum bersedia nak tidur berjauhan dengan saya...kalau dia terjaga malam-malam tengok saya takde kat sebelah, dia akan cari sampai jumpa dan tidur sebelah saya...erm kalau nak tau, sebenarnya sebelum ni saya tidur kat ruang tamu jer sebab dalam bilik panas..tapi bila perut dah makin besar ni..sakit pinggang dan punggung tak payah cakapla... nak bangun pun seksa...sebab tu bila Idlan dah tertidur kat ruang tamu, saya biarkan jer..yela bila suruh abah dia angkatkan dia kata tak payah so saya suruh abah dia la temankan...hehe.. tapi last-last dia datang cari saya juga...hehe, anak mama la katakan...

erm, tu jela nak cerita kat korang....dah melalut-lalut dah ni..hehe...anyway, Happy Birthday to My Son, Muhammad Idlan Muqri....



You Might Also Like

6 comments

  1. Selamat Hari Lahir Idlan...
    semoga menjadi anak yang soleh..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Idlan.. Moga mebesar sebagai anak yg pintar :-)

    ReplyDelete
  3. Dina semalam.. heppy birthday idlan...

    ReplyDelete
  4. happy belated best idlan.. moga menjadi anak yg soleh...

    ReplyDelete
  5. happy belated bday idlan.... moga pjg umo, murah rezeki dan dilindungiNya....

    ReplyDelete
  6. salam ramadlon,
    kunjungan perdana untuk persahabatan,
    Blog ini sangat cantk, cool,...saya suka dan follow 370
    saya akan bahagia jika anda menerima dan follo back...
    ditunggu dan terima kasih

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram