Idlan dah pandai pakai kasut sendiri...

September 29, 2012


salam semua...

semalam masa saya tengah susukan adik, saya nampak Idlan tengah usung kasut dia ke hulu ke hilir... masa tu kami jer kat rumah, takde siapa yang nak bawak dia berjalan-jalan masa tu.. yela, mama dia pun tengah pantang kan...

dan, tak lama lepas tu, entah apa puncanya tetiba dia beria-ia nak pakai kasut tu... saya biar jela.. dah pakai kang nak ajak berjalan pulak... so, saya buat bodoh jela... dan masa tu la saya perasan dia berusaha pakai kasut si sendiri... so, saya biar nak tengok lepas ke tak dia pakai kasut tu sendiri...


dan akhirnya, inilah hasilnya... tada...pandai tak Idlan? walaupun belah kiri dan kanan tu terbalik tapi lepas la dia pakai sendiri..hehe.. pasni saya akan biar je dia pakai sendiri kalau dia nak keluar... dah besar dah anak mama...
 

You Might Also Like

6 comments

Instagram

Subscribe