Irsyad yang tak nak tidur di bawah


salam semua...

bila dah ada baby balik ni maka tiada lagi tidur malam yang lena... setiap malam terpaksa bersengkang mata menjaga si kecil... macam tu lah kehidupan saya sekarang ni...kalau nak susu jer saya tak kisah, ni nak diriba, dipeluk.. adeh, ni yang tak tahan...


gambar ni diambil ketika entri ni ditaip... bayangkan sebelah tangan jer saya menaip...ni pun sebab dah 2,3 kali saya letak dia kat tempat tidur,... 2,3 kali juga la dia terjaga... kalau malam-malam, sampai tertidur saya meriba dia... yela, kadang tu sampai subuh... saya takde plak beli bouncer tu sebab masa Idlan dulu pun saya tak guna benda tu... dan sekarang ni, saya risau macam manala nanti bila saya dah kerja... kalau hantar nursery, macam mana la dia ek? harap-harap tak meragam la macam sekarang...

anak-anak korang suka dibedung tak? Irsyad tak suka... kalau saya bedung, mengamuk dia, meronta-ronta nak keluar dari sarung tu...so, terpaksala tangan dia saya keluarkan...kadang-kadang risau juga sebab sekarang ni musim hujan... sejuk gila malam-malam...takut dia kesejukan jer...

p.s:  kalau sejuk, korang bagi pakai topi ek? tapi kalau dia tak suka pakai topi camner ek???

 

Comments

Qhaifa Nur said…
bila ada baby mmg begitulah rutin harian kita...itulah dia pengorbanan seorang ibu...
cuba letak tuala kecil...
IntaNBerliaN said…
bagi pakai topi?.. erkkk.. yeke.. saya xpnh tau plak psl ni..
fieda said…
biasa kalau time sejuk kak fieda letak tuala kecik atas kepala dia..tak masuk angin la..