Cuti-cuti Malaysia | Melaka


salam semua...

hari sabtu yang lepas, kami ke Melaka sebab opismate husband saya kawin di Batu Berendam...niat asal nak tidur 1 malam di Melaka tu tapi atas sebab-sebab tertentu, kami tak jadi nak bermalam..so, lepas kenduri kawin tu, kami jalan-jalan di pusat bandar.. masing-masing memang tak pernah sampai kat Melaka..so, jakun sikit bila tengok bangunan kat situ..haha..


mula-mula sampai tu, tengok suma bangunan warna merah jer..dan semua bangunan-bangunan lama... tapi jalan raya kat sini sempit sikit..satu lorong ja..so, senang jam la jalan ni...

lepas jer lalu kat bangunan merah tu... kami lalu kat kapal ni plak..eh, gambar ni saya ambil dalam kereta je ek sebab tak jumpa parking lagi masa ni...

lepas tu kami ternampak menara ni.. terus cari parking..haha..nasib kami baik sebab dapat parking tak jauh dari menara ni..ha, kalau korang nak tau, inilah Menara Taming Sari... siapa yang dah pernah naik mesti tau camner perasaan naik benda alah ni... menara ni boleh berputar 360 darjah..so, dapatla tengok pemandangan bandar Melaka ni sepenuhnya.. actually saya pernah naik benda macam ni masa saya pergi Singapore dulu..so, ini adalah kali kedua saya naik la benda macam ni..gayatnya tetap ada..huhu.. ha, kalau nak tau, bayaran untuk naik bagi dewasa adalah RM20, kanak-kanak 2 tahun ke atas RM10...jadi kalau ikutkan RM50 la untuk kami..tapi bagi yang ada mykad, diskaun 50% akan diberi..so, RM25 jer la bayar..untung-untung...

ramai orang nak naik benda ni...nasib baik kami tak perlu tunggu lama..sebab masa kami beratur jer, terus menara berpusing ni turun dan kami dapat naik...so, sempatla ambik gambar dulu..

Idlan masa ni baru bangun tidur, so mamai-mamai lagi.. masa masuk kat dalam tu, dia tak takut..tapi sebaik jer menara ni naik atas, terus dia takut..tak bagi saya lepas dia..mesti menjerit..haha..bayangkan masa tu saya tengah dukung Irsyad... dia plak suruh pegang dia..dia tak tau mama dia pun gayat..haha..

ni kapal terbang yang ada kat taman bunga..actually tempat ni belakang tapak menara tadi jer...

ha, sempat plak bergambar dengan pak arab ni..haha, kenang-kenangan di Melaka la katanya... erm, itu jela yang kami sempat jalan-jalan pun..nak pergi tempat lain kaki dah lenguh..lagipun kesian kat Irsyad nak tidur... so, lepas pusing-pusing kat sini kami terus balik...next time kami plan untuk bermalam sebab banyak lagi tempat yang kami tak sempat nak melawat...

ok, itu aje untuk kali ni.. jumpa lagi ya...

Comments

adianiez AIDA said…
melaka? selamat dtg. menara taming sari & kapal besar tu tiap hari aida tgk. ofis aida kat area situ je.
IntaNBerliaN said…
kalau idlan tau kakja pun gayat, mesti dia xnak suh kakja dukung.. hihii
SeputihSalju said…
bestnya jalan2.. sy dulu blaja kat melaka tak sempat jalan2 sgt.. rugi je rasa..
Fieda Rafli said…
kak fieda dtg sini time bujang2 dulu jer..dh kawin ni tak sampai lagi..
Mimi Azirah said…
gi melaka siang erk...mimi gi mlm..teman sedara hubby nak naik boat cruise tuh