Cuti-cuti Malaysia | Teluk Batik

January 02, 2013


salam semua...

lepas majlis pertunangan adik ipar saya, kami sekeluarga tinggal di rumah biras saya a.k.a  SeputihSalju di Hutan Melintang... pada mulanya saya sangkakan yang lain-lain akan ikut kami berkelah pada hari Ahad tu, sebabnya kebetulan hari tu hari lahir mak mentua saya dan Irsyad pun genap 4 bulan, so ingat nak celebrate la sekali... rupa-rupanya semua nak balik.. so, tinggallah kami sekeluarga sahaja... takpela... maybe next time kot...

so, tengah hari tu kami bergerak ke Teluk Batik... dalam pukul 2 lebih la baru kami sampai kat situ... saya ingat nak ambik la gambar kat kawasan tu banyak sikit... tapi tangan masing-masing penuh dengan barang.. saya plak kena dukung Irsyad...so lepas jumpa tempat yang sesuai untuk letak barang-barang, kami semua terus makan..haha, masing-masing dah lapar... lepas makan hubby bawak Idlan pergi mandi laut... sama la dengan hubby biras saya tu, bawak anak dia pergi mandi laut jugak...

kami duduk atas sikit dari pantai..sebabnya kat bawah tu penuh dengan orang...


saya dan biras saya jela yang tak mandi... saya nak jaga Irsyad, dia pulak teman saya...thanks dear,

Irsyad dah pandai meniarap... pantang letak, terus meniarap... terpaksa letak dia kejap, nak ambik gambar... hehe

 hehe, saya pun harus posing kejap...

seronok jer tengok diorang berendam...tapi Idlan takut benor... nangis jer dia sepanjang mandi.. peluk erat abahnya... yang belah kanan tu, Nurul dengan abah dia... mula-mula jer dia takut... pastu ok...tapi Idlan sampai sudah nangis... 1st time la katakan...
takpela, next time bawak Idlan mandi sungai pulak la...

You Might Also Like

15 comments

Instagram

Subscribe