Idlan suka solat...alhamdulillah..

January 29, 2013


salam semua,

lama betul saya tak update.. penyakit "M" datang melanda..haha..ok, hari ni nak stori sikit kat korang pasal Idlan...dia kalau kami nak solat, rajin jer dia pun ambik sejadah dia nak ikut saya / hubby solat..sebenarnya dah lama dah dia rajin ikut dan meniru saya / hubby waktu kami bersolat... tapi dia hanya pandai angkat takbir dan sujud jer... rukuk dia tak reti nak buat... so, masa saya solat, elok jer dia ikut, nak jer time tu saya ambik kamera dan ambik gambar masa tu..haha..tapi dia solat 2 rakaat jer..pastu siap..hehe..tu yg tak sempat nak ambik..dah kita tengah solat kan...


tapi bila abah dia plak solat, time tu plak la macam-macam halangnya yang datang..bateri handphone kong la (maklumla, saya ambik gambar guna hp cap ayam jer), tengah susukan Irsyad la...macam-macam la..tu yang lambat sikit saya nak upload pic dia ni....kejap-kejap jer dia ikut pun.. ni la gambar yang saya sempat ambik sebelum dia start main bola tu..
ha, ni pic yang sempat saya ambik sebelum saya solat...hehe..kepala senget sebab tengah hisap botol susu...

mulai tahun baru ni, teacher di taska minta ibu bapa bawak baju melayu setiap Jumaat, untuk latih anak-anak solat.. so, 2 minggu lepas (11/1/13) teacher ada upload gambar diorang belajar kenal huruf..gambar diaorang solat takde la plak.. tak sempat nak upload katanya...




ha, yg baju biru tu la Idlan... suka betul dia pakai baju tu.. kalau korang nak tau..saya kena sorok baju tu dari dia.. pantang nampak.. mesti nak pakai.... dan korang perasan kan ada yang tak pakai 'pakaaian rasmi' masa ni..sebabnya ada ibu bapa yang tak bawak..so, kesian la jugak kat diorang bila teacher bagitau ada yang nangis sebab tak dapat pakai macam kawan-kawan yang lain...

doa saya semoga kesukaan dia ni akan berkekalan hendaknya... Amin...










You Might Also Like

9 comments

Instagram

Subscribe