Idlan nak tutup aurat la mama...

February 06, 2013


hahaha..kalau Idlan boleh cakap lancar, mesti dia cakap macam tu..

mana taknya..hari-hari nak pakai baju lengan panjang dan seluar panjang... seluar pendek tak nak pakai dah.. macam-macam la anak mama ni...pagi tadi masa dia tidur, saya sentuh seluar nak check diaper.. basah dah seluar ni.. banyak sangat minum susu semalam...so, saya mintak hubby tukarkan, lagipun pagi tadi sejuk..saya takut dia demam... so, lepas hubby tukar, hubby bagi pakai seluar pendek..dia menangis tak mau pakai..so, hubby bagi la pakai seluar panjang yang lain..dia nangis jugak..nak pakai yang basah tadi.. melalak la pagi-pagi tu..saya tengah susukan Irsyad masa tu..terus berhenti dan pujuk Idlan...saya cakap la kat dia seluar tadi dah basah, bagi dia sendiri rasa basah tu.. then saya ambik seluar panjang yang lagi satu..bukan yang hubby bagi tadi..yang lain...nasib baik dia nak..ingatkan seluar jer.. baju pun dia nak tukar jugak..hehe, macam-macam la anak teruna mama sorang ni...

kalau nak tau, dia mula berperangai macam ni kalau tak salah bulan 12 hari tu... pernah satu hari tu dia tak nak pakai langsung baju lain..nak pakai 1 baju tu jer padahal baju tu dah kotor, saya dah masukkan dalam bakul baju kotor dah pun..dia nak pakai baju tu jugak...dah marah pun dia tetap nak baju tu jugak..pening saya masa tu..hahaha...sekarang ni, kalau baju 'favourite' dia tu dah kotor saya kena terus campak dalam mesin basuh..tak leh biar dalam bakul..sebabnya kalau dia nampak mesti nak pakai baju tu...

ha, lagi satu kalau dia nak tukar baju yang dia suka kan.. dia akan buat konon-konon dia berak, ajak pergi bilik air, nak mandi, pastu nak pakai baju tu...ooo, sungguh panjang akal dia... ada-ada jer... geram jer dengan dia nih.. rasa nak 'gigit-gigit' jer...hahaha...


You Might Also Like

8 comments

Instagram

Subscribe