Irsyad dah pandai merangkak...

April 10, 2013


Salam semua,

Sejak hari Jumaat yang lepas (5/4/13) Irsyad dah boleh merangkak sepenuhnya. Sebenarnya dua tiga hari sebelum tu, saya tengok dia hanya merangkak dua,tiga langkah jer. Tetiba hari Jumaat lepas ambik dia dari taska tengok dia dah boleh merangkak. Alhamdulillah, akhirnya dia merangkak pada usia 7 bulan.


Sekarang ni jenuh la saya nak kepung dia. Pantang terleka, sedar-sedar dah sampai dapur, pintu tandas, bilik stor. Ha, semua la dia jelajah. Malam-malam masa tidur pun macam tu. Sedar-sedar jer dia dah takde kat sebelah. Erm, kalau nak tau saya memang dah lama tak tidur atas katil sebab takut dia jatuh katil.


Hehe, suka tengok gambar ni. Anak mama dah pandai duduk jugak. Sebelum ni, kalau duduk mesti terlentang ke belakang (buat mama kecut perut!!!) tapi sekarang dah boleh duduk elok. Alhamdulillah sekali lagi. Walaupun banyak kali juga kepala dia terhantuk sebab tak sempat nak pegang tapi alhamdulillah sebab takde apa-apa yang jadi. Anak mama pun dah boleh duduk elok.


You Might Also Like

6 comments

  1. yeee izz dah ada geng dah merangkak...

    ReplyDelete
  2. alhamdullilah..alalala...comel sgt..

    ReplyDelete
  3. comel gaya yg last tue,...
    cayuk2...
    pas ni terus berdiri n berjln kan hehehe

    ReplyDelete
  4. wah dh leh merangkak dah comel nie ye..tp kena la igt ye..dh leh merangkak maknanye dh leh capai apa yg menarik atas lantai..kang ada yg masuk mulut lak ye..

    ReplyDelete
  5. dah lama tak singgah sini.. kejap je irsyad dah beso... pakej 2 dlm 1 tuh.. merangkak + duduk..hihi.

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram