Petua-Petua Buang Kahak Pada Bayi

April 18, 2013


salam semua...

saya terjumpa artikel ni di Fb tadi..so, saya nak simpan di dalam blog sebagai rujukan yer..sebab saya ni tak tau sangat pasal petua-petua ni... yang saya tau makan ubat jer...so, memandangkan anak-anak pun memang tengah batuk dan selsema, saya nak simpan dan boleh amalkan  bila-bila masa yang diperlukan...

========================================================================

Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,

Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisional:

1. Daun Pucuk Kaduk - 

Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2. Daun Sirih - 

Ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bungga Raya Merah- 

Ambil bunga tersebut dan lesungkan. Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati-hati

Ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang-

Minum sesudu kecil air tersebut. Insyaallah dalam 2-3 hari hilang la!

6.Daun pegaga kampung-

Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk, kemudian ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu( hanya mudah didapati di negeri sarawk),
bentuk dan rupanya seakan2 kunyit
Tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letak kan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. Insyallah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. Daun Ketumbit, pokok dia mcm pokok rumput 

Ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan. Air dia sapu di atas ubun2, dada, sebelah belakang bayi anda, insyaallah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.

sumber

You Might Also Like

8 comments

Instagram

Subscribe