genap 10 tahun merantau...

June 03, 2013

salam semua,

bulan ni, genap la 10 tahun saya merantau ke Selangor ni... ingat lagi bulan JUn 2003,  masa mula-mula jejak kaki kat Pudu Raya untuk daftar masuk kat U dulu... punya la macam tak percaya, akhirnya kaki aku ni pijak jugak tanah Kuala Lumpur... haha.. kalau korang nak tau, family saya dulu takde kereta.. so, nak pergi mana-mana naik motor atau bas jer.. paling jauh saya pernah pergi pun sampai Perak jer....balik kampung kat Bota Kiri...

so, bila sampai jer KL masa tu, macam dalam mimpi jer (nak-nak plak masa tu memang baru bangun tidur).. hahaha...erm masa tu tahun 2003.. tarikh sebenar dah tak ingat tapi awal bulan 6 la.... tak sangka plak saya akan menetap terus kat sini lepas habis belajar... tambah pulak sekarang dah kerja tetap kat sini.. nampak gaya sampai pencen la kot dok sini kan.. hehe..

erm, kalau korang nak tau, ayah saya la yang tak bagi saya balik dan cari kerja di kampung... dia kata di sini lubuk emas... senang dapat kerja... so, lepas jer grad memang saya terus cari kerja kat sini.... tahun 2008 saya dapat kerja tetap di sini.. dan pada tahun yang sama jugak saya kawin.. tapi masa tu, hubby kerja kat Seberang Perai.. so, kami terpaksa berjauhan sampai la hubby dapat kerja kat Selangor jugak... kebetulan masa tu saya tengah mengandungkan Idlan... alhamdulillah, rezeki anak...

sekarang bulan Jun 2013, genaplah 10 tahun saya merantau... tahun ini jugak saya beli rumah dan ini menunjukkan yang saya memang akan bermastautin terus di Selangor ni... rindu nak dok kat kampung sebenarnya tapi apa boleh buat.. dah rezeki kat sini...

so, korang semua pulak merantau jugak atau memang dok di negeri sendiri???


You Might Also Like

2 comments

Instagram

Subscribe