Gigit puting, bayi ditikam ibu 90 kali

July 12, 2013

SAKIT JIWA WEI BACA BERITA NI....

huhu, ternampak tajuk berita ni tadi kat blog Cik Pop...terus baca berita tu...astaghfirullahalazim .. kesian la budak tu.. biasala kan, nama pun budak-budak.. mana la dia tau apa-apa... naper la manusia ni kejam sangat...sanggup tikam budak tu sampai 90 kali??? ei, stress saya.. erm,  sori la.. saya memang sensitif sikit bab-bab macam ni...


baru 8 BULAN... sedih la..

ni petikan berita tu:

GARA-gara menggigit puting ibunya ketika menghisap susu, seorang bayi di China yang baru berusia lapan bulan ditikam sebanyak 90 kali menggunakan gunting.
Xiao Bao ditemui bapa saudaranya dalam keadaan berlumuran darah lalu bayi malang itu dikejarkan ke hospital.
Dipetik dari Dailymail,  nyawa Xiao Bao terselamat dan doktor yang merawatnya terpaksa menjahit hampir sebahagian besar wajahnya dengan 100 jahitan.
Si ibu kemudiannya mengakui telah mencucuk bayinya itu.
Jiran-jiran yang mengetahui perkara tersebut meminta kepada pihak berkuasa tempatan agar mengambil Xia Bao dari penjagaan ibu kandungnya itu.
Namun pihak berkuasa tidak dapat mencampuri kes tersebut kerana bayi itu sudah memiliki dua orang bapa saudara.
Mereka juga mengatakan tidak menemukan sebarang tanda yang menunjukkan ibu kandung Xiao Bao mengalami ganguan jiwa.



You Might Also Like

2 comments

  1. kejamnya mak dia! dah gila ke hapa sampai nak tikam2 ngan gunting bagai... huhu...

    ReplyDelete
  2. memang biadap punyer mak!!! tak nak, meh pass kat ibu ijat ni hah...

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram