Idlan genap 3 tahun hari ni...


salam semua..

hari ni, genaplah 3 tahun usia Muhammad Idlan Muqri... di usia ini, Idlan masih lagi belum free diapers.. tapi dah mula pandai bagitahu "Mamama, nak berak" tapi hakikat sebenar dia DAH berak pun...hahaha.. takpela.. pelan-pelan... 

dan sekarang ini, kalau time tidur dia tak suka pakai seluar... aduyai, harap-harap lepas dah free diapers nanti mau la dia pakai seluar tu balik...

kalau naik kereta, dah mula hafal lagu-lagu yang ada dalam pendrive abah dia... walaupun sebutan tu tak betul tapi bunyi, nada suma dia hafal... kalau dulu cuma suka 1 lagu jer.. sekarang macam-macam lagu yang dia suka.. dan yang bagusnya suma lagu-lagu nasyid / zikir...

fanatiknya dia pada UPIN dan IPIN memang tak boleh disangkal lagi... sepanjang masa UPIN IPIN jer kerja dia.. sampai kan kadang-kadang tu pukul 12 tengah malam pun dok layan UPIN IPIN lagi... kadang-kadang geram pun ada.. asyik itu jer kerja dia....nak kena tutup dulu la baru dia nak tidur pun..tu pun kadang-kadag dia tak bagi tutup.. mula la saya tukar HIJAU kan...ha.. baru nak tidur...

apa-apa pun, saya berdoa agar Idlan akan membesar dan menjadi anak yang soleh, mendengar cakap mama dan abah...pandai jaga diri dan menjadi seorang abang yang baik pada adik-adiknya nanti..


pic ni diambil masa celebrate birthday saya tahun lepas...tahun lepas tak sempat nak celebrate birthday dia kot sebab puasa masa tu....so, tahun ni celebrate time raya nanti la...

p.s:   Saya apply cuti last minute hari ni.. so, masa entri ni keluar.. saya dah OTW balik kampung yer rakan-rakan.. doakan saya selamat sampai...

Comments

Nurzakiah Hanum said…
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Qhaifa Nur said…
hepi besday Idlan...
bulan posa pun dapat makan kek..sedapnya

selamat hari raya...
maaf zahir batin...
watyz said…
Happy Birthday Idlan... :)
Masya said…
happy belated bestday dah 3 tahun yer...
Sayangku Zie said…
happy belated bestday irsyad.. moga jadi anak yang soleh