Apa dosa dia??

December 26, 2013

salam semua...

hari selasa (24/12/13) yang lepas, saya dapat maklumat yang sorang kawan saya terjumpa sorang anak kecil  berusia dalam 3-4 tahun yang kehilangan ibu bapa dia di Pesta Pulau Pinang pada malam Isnin (23/12/13). dari maklumat yang saya dapat, kawan saya dah buat pengumuman malam tu tapi sampai pukul 3 pagi mak bapak budak tu tak sampai-sampai. Last-last diorang hantar ke Balai Polis Sungai Nibong.


tapi sehingga 25/12/13 pukul 6 petang, kawan saya bagitahu lepas ni dia dah tal boleh dapat maklumat pasal budak ni dah. tapi yang nyata mak bapak budak ni masih lagi tak tuntut budak ni. adoyai.... korang bayangkanla... lebih 2 hari kot.. takkan anak hilang tak sedar???

nampak sangat kan yang mak bapak dia sajer tinggal dia kat situ.... sedih saya tau.. dah la baya-baya Idlan jer... geram.... kawan saya nak jaga tapi polis tak bagi.. sekarang ni memang dia masih di bawah jagaan polis.. bayangkan kehidupan dia pasni.. kalau mak bapak dia tak tuntut jugak.. tapi kalau mak bapak dia memang tak nak jaga dia... LEBIH BAIK dia dijaga oleh pihak yang lebih bertanggungjawab...

 apa pun, saya doakan semoga dia selamat dan bahagia pasni...

p.s: sedih giler saya...






You Might Also Like

4 comments

Instagram

Subscribe