Hari pertama Irsyad di taska baru

salam semua...

Semalam saya cuti semata-mata nak standby untuk Irsyad sebab dia masuk taska baru. Ingatkan Irsyad tak boleh terima persekitaran baru sebab dia ni manja sikit. Tapi sangkaan saya meleset. Sesampai jer pagi tu, elok jer dia main mainan yang ada.... tapi masa kali pertama saya keluar tu, dia sedar.. jadi dia menangis kejap la.. nak ikut...jadi saya masuk balik dan biar dia leka lagi.. bila tengok dia dah leka cepat-cepat saya keluar...haha.. tapi even saya dah masuk kereta pun takde plak saya dengar suara dia menangis.. mungkin dia tak sedar lagi saya takde...

petang tu, masa saya ambik dia pun elok jer dia main.. sampai saya kena lambai kat dia la baru dia perasan saya ada kat situ...hehe... senyum jer dia.. bila saya tanya teacher dia,.. diorang kta dia menangis jugak la lepas sedar saya takde... lepas tu dia tertidur... dan elok dah la petang tu...

Masa Idlan dulu saya tak ambik cuti sebab ingatkan dia boleh sesuaikan diri... tapi rupa-rupanya terbalik plak... Idlan sampai sekarang masih segan -silu dengan persekitaran kat sana... masih janggal... kalau teacher dia hantar dia sekerat jalan.. berdiri la dia kat situ sampai teacher dia datang dan bawak dia ke tempat yang dia boleh duduk.. maksudnya Idlan nak kena "jemput" atau "pelawa" dulu barula dia nak...Irsyad plak ok.. padahal kalau sebelum ni pantang saya tinggal sikit, mulala meragam dia tu...

erm, macam-macam peel la diorang ni..haha.. harap-harap hari ni Irsyad dan Idlan akan bertambah elok la... takde buat hal sebab mama kena kerja...hehe..

p.s: lupa nak ambil gambar sebab bateri dah nak kong time tu...

Comments

Nurzakiah Hanum said…
Moning
singgah pagi
msredcheesecake said…
macam2 cerita fes day anak sekolah... seronok baca... anak sy pon yang tua tu nalu2 walaupun da darjah 2...adik dia ok fes day tadika...
syawalsimpsons said…
izz baru masuk taska baru pagi ni..tak tau la dapat handle ke tak cikgu dier..takut sebab izz takmo minum susu guna botol..mmmmm...takut...baru lepas demam kan
izan mama mia said…
moga hari ni...ok lah hendaknya yer...
SeputihSalju said…
good boy lah irsyad..!!

xpa, nnti lama2 msti idlan ok.. :-)
QasehnyaRania said…
bgus irsyad
fieda said…
mcm 2 ragam kan anak2 ni..kite lak yg jadi sayu bile nk tggal..