Conjunctivitis ker?

June 20, 2014

salam semua.. 

hari ni hubby cuti sebab Idlan sakit mata.. semalam lepas balik kerja, hubby dok bising-bising sebab mata Idlan bertaik mata.. bila sampai rumah tengok mata dia dah merah... hubby dah risau.. malam tu jugak hubby bawak dia ke klinik..

lepas balik klinik, Idlan tunjuk ubat.. banyak gakla ubat dia tu... ubat demam, ubat gatal, ubat antibiotik, ubat titik dan ubat sapu...Idlan sekarang 3 tahun lebih ni senang pulak macam ubat.. kalau dulu, jenuhla nak sumbat dalam mulut dia tu.. sekarang, dia plak beria-ia suruh nak makan ubat.. 

pagi ni dia bangun, mata tak boleh buka sebab melekat.. merengek la kejap..tapi lepas mandi tu, ok dah la...cuma saya tengok mata Idlan tu dah sepet sikit la.. mata kanan tu dah bengkak...conjunctivitis ker nama sakit ni? tanya hubby doktor kat apa? dia kata sakit mata jer...sebab doktor tak bagi dia pergi taska harini.. mungkin sebab boleh berjangkit kot.. setahu saya conjunctivitis tu berjangkit dan ambik masa nak sembuh.. saya tak pernah kena tapi staf kat opis ni ada yang dah pernah kena...koman-koman seminggu...aduh, nasib baik la hari ni Jumaat, esok dan lusa tak payah apply cuti.. hopefully cepat sembuhla..dan janganla Irsyad pulak yang terkena.. haru nanti..

 ingatkan hubby cuti hari ni dia nak dok rumah.. tapi dia suurh jugak bawak barang-barang Idlan tu.. mungkin sebab dia tak nak balik rumah kot.. lepak kat ofis rasanyadia tu.. lagipun petang ni pukul 3-6 dia ada kelas dengan student.. so mulala dia pening.. asalnya dia nak suruh saya la yang cuti..saya boleh jer nak cuti tapi kan minggu lepas saya dah cuti seminggu.. takkan minggu ni nak cuti lagi.. so, dia la yang cuti jaga Idlan.. tapi disebabkan petang nanti dia ada kelas, saya mintak dia hantar Idlan kat saya la sebelum dia gi solat Jumaat nanti...

erm, so, kita tengokla macam mana keadaan dia petang nanti...

You Might Also Like

6 comments

  1. sekarang musim kot ramai gak kawan2 satu off yang kena

    ReplyDelete
  2. moga idlan cepat sembuh yee

    ReplyDelete
  3. semoga cepat sembuh yer!!

    ReplyDelete
  4. smga idlan cpat sembuh.sian kan.

    ReplyDelete
  5. sekarang nih memg musim...semoga idlan cpt smbuh

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram