Cuti seminggu

June 10, 2014

salam semua,

seminggu saya bercuti mulai semalam..hampir terlupa saya nak update blog dan bw kt blog kawan-kawan...erm, saya bercuti ni sebab hubby ke Indonesia hari ahad baru ni.., dan bila dia takde 'patah kaki' la saya..erm tula..ada lesen kereta tapi takut nak bawak...huhu..dok la kat rumah sampai ditemani anak-anak dan mak mentua...

tapi petang sabtu tu, adik ipar datang hantar anak dia ke sini... nak tau siapa? inilah dia...

si comel, Nurul Afiqah...bagus betul dia.. takde nangis pun kena tinggal dengan ayah dia... kalau anak saya, konfirm nangis...

telatah si kecik dua orang lagi tak payah cakap la...lasak bukan main.. tak larat saya yang tegah apa yg diorang buat...




erm, kecoh rumah ni..ni aktiviti diorang harini.. esok tak tau la macam mana..

p.s: camna la orang yang ada anak ramai ek....ni baru 2...huhu

You Might Also Like

2 comments

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram