Satu family kena pulak dah...

June 21, 2014

salam semua,

nak update tab pulak buat hal.. carger rosak kot, tak boleh nak cas...huhu.. so, sementara ada kat opis kejap ni, saya update la sikit...

pagi ni saya bangun tidur dan dapati bahawa saya dan hubby pun dah terkena penyakit Idlan tu...huhu..
 kul 9 kami pergi jumpa Doctor, mata saya sikit jer mrah.. mata hubby dah teruk dah sebelah...Doctor sahkan yang tu Conjuctivitis.. huhu.. betulla sangkaan saya.. saya tanya doctor, macam mana tak nak bagi dia berjangkit sebab Irsyad tu elok lagi.. harap-harap dia tak kena..3 jenis ubat mata saya dapat.. huhu..2 ubat titis, satu ubat sapu...

doctor cakap, pastikan tangan sentiasa bersih, kalau tangan korang terpegang mata korang tu, pastikan cuci dulu tangan tu, barula kalau nak pegang anak ker apa ker boleh. kiranya jangkitan tu berjangkit melalui cairan dari mata tu.. lap guna tisu, dan jangan guna tisu yang sama untuk lap mata sebelah lagi.. nanti mata sebelah plak yang kena.. tisu tu lepas lap buang.. dan lepas pakai ubat, basuh tangan...so, sekarang ni saya kena rajin basuh tangan atau nak senang beli disinfectant tu... so, takdela macam diorang ni cakap kena dok jauh-jauhla, tak leh pandang la.. kita yang lurus bendol ni pun ikut la diorang..haha..

ha, kalau korang nak tau, pertama kali saya tau pasal penyakit ni masa tahun lepas.. tu pun sebab opismate jugak la yang kena...masa tu memang taktau apa-apa pasal ni.. tapi bila diri sendiri dan keluarga yang kena, baru la terhegeh-hegeh nak cari maklumat..huhu..

pukul 11 sampai pukul 1.30 tadi saya kena jaga exam.. aduh, pedihnya mata takyah cakap la...nak pejam pun sakit.., mata plak asyik berair jer...nak tengok tak? ni gambar masa saya tengah taip entri ni.. fresh dari ladang..hehe..


ha, tengok.. mata belah kanan saya merah dan berair kan? nasib baikla sebelah jer... hubby dua-dua belah lagi la kesian.. balik nanti saya nak makan Nutriferon Shaklee bagi antibodi kuat sikit...

korang pernah kena penyakit ni?

You Might Also Like

3 comments

  1. sebaik irsyad tak kena k.ja.. k.ja kena sentiasa bersih lah masa pegang irsyad.. tkut berjangkit pulak kan..

    ReplyDelete
  2. kami satu keluarga penah kena sakit mata. husband mc 2minggu.huhuu irra sendiri sebulan kena. sampai kabur pandangan. seksa sgt..
    salam singgah dari irra
    www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  3. Kalau sorang kena sakit mata, mesti terjangkit ke satu famili. Dah penah terjadi. Huhu

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram