Jari Idlan sakit...

salam semua.. 

hari ni nak cerita kat korang semua pasal jari Idlan.. kejadian ni berlaku masa raya kedua... masa tu kami pergi berkonvoi raya ke rumah kawan-kawan di Kedah... pagi raya tu ada la anak rakan dok main lighter dan dok main-main dengan Idlan sebab Idlan takut sangat dengan lighter tu.. so, dia lagi la nak sakat kan... jadi saya pun tak kisahla sangat.. sebabnya bukan dia sua api pun...hanya main gesek-gesek lighter tu jer..

malam tu, Idlan tertidur sebab penat sangat kat rumah kawan yang lain... tetiba dia menangis... dan dok sebutla sakit-sakit.. saya ni pelikla naper.. sebab dia tidur depan saya jer pun... pastu dia bangun dan gosok-gosok mata... saya tengok takde apa-apa pun.. lepas solat maghrib, hubby bagitau mata dia merah dan bengkak...

esok pagi tu, lepas bangun tidur.. Idlan dok nangis-nangis nak basuh tangan.. yang saya ni pun pelik la naper.. lepas tu check jari dia rupanya ada macam bintik kecil dan bernanah dan ada sikit gelumbung air kat jari...mulanya ingatkan kena gigit binatang apa.. so, saya biar je la... tapi bila lepas beberapa hari, gelembung tu makin besar buat saya risau...jadi kami ke klinik.. doktor tanya pun kami tak tau nak cakap kena apa... diorg cakap kena benda panas... tapi kalau benda panas, dia takkan makin besar..so, diorg pun tak pasti kena apa..

jadinya, nurse kat klinik tu cucuk gelembung tu untuk buang air.. pastu dia potong kulit jari, letak ubat dan balut...
inila rupa balutan tu lepas beberapa hari.. tak takde rupa balutan dah.. lunnyai dengan Idlan bila dia asyik basahkan balutan tu...so, hari Isnin baru ni kami ke klinik di sini... masa nak tukar balutan ni saya cakap kat hubby tak nak masuk sebab masa letak balutan pertama dulu pun Idlan menangis meraung-raung... tak sampai hati nak tengok dia...lagipun saya tengok ubat yang nurse tu letak dah melekat kat jari dia.. lagi la saya tak berani...

jadi hubby yang bawak dia tukar balutan tu... dan memang betul sangkaan saya.. Idlan meraung kuat masa tukar balutan tu... lepas keluar saya tanya apa yang berlaku.. hubby cakap ubat tu melekat jadi bila nak cuci, sakit la kan.. darah pun keluar sekali.. huhu.. kesian anak mama...

inilah rupa balutan kedua dia... masa ni nurse balut 2 jari.. tak pasti kenapa.. mungkin untuk support jari dia tu... dan nurse bagitau kat klinik kampung memang diorang guna ubat lekat tu.. tapi kat sini dia balut dengan plastik..so, takdela melekatkat jari...kalaula masa kejadian saya ada kat sini, takdela saya nak seksa anak saya hantar kat klinik kampung tu...huhu...

inilah rupa jari Idlan semalam.. dah tercabut sarungnya sebab Idlan gi basahkan balutan tu... jadi kejap lagi saya nak bawak dia ke klinik lagi untuk dapatkan balutan baru... risau sebab kulit baru tu nipis lagi.. pagi tadi pun dah berdarah sebab dia terlanggar apa ntah... nak pergi pagi tadi saya takde transport...

so, sekarang baru ada kesempatan nak pergi.. saya chaow dulu yer... nanti saya update balutan terbaru...

Comments

syawalsimpsons said…
adoi ngilunya tgk ....cepat sihat ye idlan....sakit tu
Mimi Azirah said…
ishhh teruk jugak...pe pnca erk..pelik jugak