Tips Kurus Tanpa Diet Ketat

March 23, 2015

Salam semua,

sajer jer nak up tips ni kat sini.. dah alang-alang buat.. tepekla kat sini sekali.. sebenarnya tips ni dah ditepek kat blog Vitamin Suplemenku.. tapi blog tu belum dikenali ramai lagi... jadi saya nak la kongsi dengan korang suma plak...

Tips Kurus
Ok, saya tak explainla semuanya, hanya beberapa jer k.. 

1) Jangan Skip Breakfast
Selalunya orang tak nampak betapa pentingnya breakfast tu. Pada diorang, nak diet makan time lunch jer dah cukup. Sebenarnya kita tak sedar yang kalau kita skip / langkau sarapan, kita berpotensi untuk makan lebih banyak masa lunch nanti.

2) Minum Air Secukupnya
Selain menghidratkan badan kita, air juga boleh buat kita rasa 'kenyang'. Jadi minumlah air setiap kali korang rasa macam nak makan tapi tak mau makan..hehe..

3) Senaman
Ada juga yang mengharapkan kurus tanpa senaman. Sebenarnya untuk kurus secara sihat, korang perlu bersenam walaupun korang ambil suplemen. Jadikan senamrobik salah satu aktiviti yang boleh menaikkan 'kerajinan' korang untuk bersenam.

4) Gunakan Pinggan Yang Kecil
Guna pinggan yang kecil bantu kita nampak yang kita dah ambil 'banyak' makanan dalam pinggan kita. Jadi takdelah kita ambil lebih banyak dari yang sepatutnya. Pastikan juga korang makan dengan perlahan-lahan dan kunyah hingga makanan menjadi kecil. Proses ini membantu korang untuk rasa cepat kenyang.

Ok, cukupla setakat ni yer... Mungkin ada cara lain lagi yang boleh korang amalkan.. Terpulang pada korang. Yang penting, misi dan visi korang untuk kurus tercapai. 

Jumpa lagi..

You Might Also Like

6 comments

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram