Happy Birthday Idlan Muqri

Salam semua,

Hari ni hari lahir Idlan yang ke5... alhamdulillah, dulu saya risau Idlan ni pendiam...tapi sekarang dah banyak mulut.. cuma stail gagap tu masih ada...erm, harap-harap benda tu tak berkekalan... dia pun dah mula menunjukkan minat untuk makan tapi masih lagi memilih.. rasanya Idlan perut Mat Salleh... nasi taknak.. nak roti dan mee ajer... tapi yang peliknya kat taska makan jer apa yang cikgu bagi.. kat rumah punya la susah nak makan...

cuma satu jer la saya masih taktau camner nak buat.. dia tetap tak nak berak kat dalam tandas.. nak berak dalam diapers...pergi sekolah memang dia tak berak la... sanggup tu tahan.. hei, macam-macam budak ni...dia dah pandai basuh sendiri tapi saya tetap akan check balik kalau dia basuh sendiri.. susu dah bolehla minum dalam cawan..tu pun kadang-kadang jer.. ikut mood dia.. botol susu masih dicari..sebabnya Irsyad minum susu dalam botol lagi..

hujng minggu ni nak mula operasi sorok botol susu n diapers dia..haha.. tengok macam mana dia nanti...


p.s: bila la nak matang budak ni yer?

Comments

adianiez AIDA said…
sama dgn anak buah aida.
next year darjah 1.
kat tadika x berak and kencing.
balik umah baru lepas hajat.

mlm masih tido pakai dypers.
mama nyer takut terkencing di tempat tido.
anak tunggal... manja nyer berbakul-bakul!