Teruja Dapat Basikal Baru..

August 18, 2015

Salam semua,

Hari Sabtu baru ni tetiba hubby kata nak beli basikal haritu..sebenarnya dia plan nak beli dalam sebulan dua lagi.. cuma bila tengok budak-budak ni asyik main jer kat luar rumah tu tapi takde mainan, kesian plak.. so, dia decide nak beli hari tu jugak..

sebenarnya kawan saya ada buat jamuan sikit petang sabtu tu.. so kami pergi jamuan tu dulu.. kawan hubby plak ada cadangkan satu kedai melayu ni untuk beli.. murah katanya.. jadi kami ke situ la dulu.. tapi, bila pergi orang kedai tu cakap sebuah basikal RM200.. mak ai, tersenyap kami..hehe.. takpela.. gi survey lagi.. teringat masa study dulu ada beli basikal kat Serdang.. so kami pergi la situ...

bila sampai jer, kedai pertama tu kata harga sebuah RM250.. adeh, lagi mahal dari tadi..hehe..takpela..survey lagi... jumpa lagi 1 kedai..tanya-tanya orang kedai tu kata boleh turun sampai RM170.00 sebuah... okla kan..murah sikit.. tapi kalau beli kat pasaraya macam tesco ker apa mungkin boleh dapat lagi murah kan...takpela..lagipun kami tak larat nak pi survey-survey lagi.. sebab masa tu nak kejar ke satu lagi rumah terbuka..hehe..

baru saya tau, basikal ni ada tayar hidup dan tayar mati..haha..pekedai cakap kalau tayar hidup senang gerak kalau tak tempat berpasir.. masa nak suruh pilih basikal mana yang diorang nak, Idlan mati-mati nak basikal kecik.. basikal besar dia takut nak naik... yang Irsyad plak jadi rambang mata.. kejap nak yang ni, kejap nak yang tu..hahaha...

ni budak yang asalnya takut betul nak naik basikal tu.. tapi nasib baik tak lama...

malam pertama, dua-dua orang tak pandai nak kayuh lagi.. Idlan kayuh separuh-separuh jer.. Irsyad? haha.. tak gerak langsung.. mama dia la tolong tolak..heheh..sampai sakit pinggang-pinggang...

You Might Also Like

8 comments

  1. dah lama tak tinggai komen kat sini... wahh bestnya idlan n irsyad dapat basikal baru.. lepas ni kompem tak bosan dah diorang.. sebab ada benda nak main...


    done... klik ikea

    ReplyDelete
  2. Untung la sis ade rumah yg ade laman...huhu..ruby duk apartmen..sian ank2 terkurung

    ReplyDelete
  3. Hai.. cakk.. Jemput Join dan memeriahkan Giveaway Birthday Mum & Sister Tengkubutang yang sedang berlansung sekarang yea.. ada lagi "3 HARI" je untuk submit entri.. Pemilihan Pemenang adalah secara Random.. Hadiah berni;ai Lebih RM500 untuk dimenangi.. jom join.. mana tau ini rezeki Anda?? meh meh join.. =)

    http://tengkubutang.blogspot.com/2015/08/giveaway-birthday-mum-tengkubutang.html

    ReplyDelete
  4. tahniah idlan & irsyad...
    kayuh and kayuh.
    prektis meks perfek :)

    ReplyDelete
  5. seronok la idlan dan irsyad dapat basikal baru...hehe

    ReplyDelete
  6. haha itulah sementara nak boleh kan... dah boleh kayuh seronok tak mau berenti...

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram