Idlan dah habis sekolah

December 06, 2016

Salam semua,


Sejak semalam, Idlan dah tak boleh ke Tadikan dia dah. Sebab kat sekolah tu bulan 12 adalah bulan orientasi untuk kanak-kanak. Yang 2 tahun akan pindah ke kelas 3 tahun, 3 tahun ke 4 tahun, 4 tahun ke 5 tahun, 5 tahun ke 6 tahun. Jadinya yang 6 tahun dah tak boleh la duduk kat sekolah tu dah. Memandangkan sekolah rendah hanya akan bermula pada Januari 2017, Idlan takde siapa yang nak jaga. 

Nak tinggal kat kampung, dia tak nak. Saya dan suami pun tak sampai hati. Jadinya suami buat keputusan untuk bawak dia ke pejabat jer. Suami saya kerja bahagian ladang. Pagi-pagi memang kat ladang. Petang baru dia ada di pejabat. So, pagi semalam Idlan teman abah dia di ladang. Tengah hari tu saya pulak yang jaga. Sebabnya petang semalam suami saya ada fire drill di pejabat dia.

Tapi lepas ni mungkin Idlan akan berada dengan saya setiap pagi sebab bila suami kat ladang, Sekarang ni musim suami meracun, jadi agak bahaya kalau Idlan ada kat sana. Lagi satu yang merisaukan saya, ULAR. Pernah sekali dulu, saya nak guna tandas dalam ladang tu sebab Irsyad nak buang air. Baru buka pintu tandas, tetiba seekor tikus lari keluar, menjerit saya. Haha. Terus tak berani nak bagi Irsyad guna tandas tu. Tak lama lepas tu, datang kawan suami dia check setiap tandas kat esok sebab esoknya ada event dalam ladang. Pastu saya dengar la diorang kecoh-kecoh. Bila tanya suami, dia cakap ada ular dalam tandas. Terkejutla saya. Tanya-tanya, rupa-rupanya tandas yang saya nak bagi Irsyad masuk tadi. Ya Allah, nasib baikla saya tak bagi Irsyad masuk tandas tu. Sejak tu, saya cukup takut nak biar anak-anak pergi ke ladang abah diorang.

So, sekarang ni, pagi Idlan dengan saya, petang dengan abah dia plak. Aktiviti dia kat opis saya tengok youtube. Tapi ada jugakla saya bagi dia buat latihan cuma tak banyak la sangat. Minggu depan saya cuti seminggu. So, nak p cari buku untuk dia buat latihan sementara cuti ni. Takdela hadap youtube jer kerjanya.

muka budak seronok dapat layan youtube..

You Might Also Like

3 comments

  1. almdulilah.. budak2 skg ni kalau layan utube memang seronok.. macam adik2 unni jgk.. mcm xnk lepas kalah kak dia ni

    ReplyDelete
  2. Memang seronoklah budak2 ni tengok youtube. Anak buah saya memang semua tgk youtube je. Tangan pantas betul tau mane nak tekan macam pro

    ReplyDelete
  3. pengalaman baru pulak kan bila anak nak masuk darjah 1.. semoga Idlan jadi anak yg soleh

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram