Salam semua,
Akhirnya hadiah yang ditunggu-tunggu dah sampai. Wah, seronoknya saya. Nak tengok tak hadiahnya? Ops, ni hadiah dari Giveaway Sa-vior yang saya join haritu. Ha, meh tengok ni.
Saya dapat sehelai baju T-Shirt "Singa Utara" (kalau ada Penang lagi bestla,hehe, sebuah novel seram bertajuk "Jasad" (sempat ke tak nak baca ni? dah lama tak baca novel, haha) dan 1 keychain dari Melaka. Saya ada bagitau suami saya pasal hadiah ni. Bila saya cakap saya dapat T-shirt, dia tanya saiz apa. Saya bagitaula L terus dia cakap bagi dia. Hampeh betul, hahaha. Takpela, hadiahkan untuk dia jugakla. saya dapat novel seram tu pun dah cukup. Hehe.
So, minggu depan saya cuti, harap-harap sempatla baca novel. Hari-hari hadap hp dan tv pun boring jugak kan. Oklah, tu jer la untuk hari ni. Nanti saya update lagi yer.
Salam semua,
Sejak semalam, Idlan dah tak boleh ke Tadikan dia dah. Sebab kat sekolah tu bulan 12 adalah bulan orientasi untuk kanak-kanak. Yang 2 tahun akan pindah ke kelas 3 tahun, 3 tahun ke 4 tahun, 4 tahun ke 5 tahun, 5 tahun ke 6 tahun. Jadinya yang 6 tahun dah tak boleh la duduk kat sekolah tu dah. Memandangkan sekolah rendah hanya akan bermula pada Januari 2017, Idlan takde siapa yang nak jaga.
Nak tinggal kat kampung, dia tak nak. Saya dan suami pun tak sampai hati. Jadinya suami buat keputusan untuk bawak dia ke pejabat jer. Suami saya kerja bahagian ladang. Pagi-pagi memang kat ladang. Petang baru dia ada di pejabat. So, pagi semalam Idlan teman abah dia di ladang. Tengah hari tu saya pulak yang jaga. Sebabnya petang semalam suami saya ada fire drill di pejabat dia.
Tapi lepas ni mungkin Idlan akan berada dengan saya setiap pagi sebab bila suami kat ladang, Sekarang ni musim suami meracun, jadi agak bahaya kalau Idlan ada kat sana. Lagi satu yang merisaukan saya, ULAR. Pernah sekali dulu, saya nak guna tandas dalam ladang tu sebab Irsyad nak buang air. Baru buka pintu tandas, tetiba seekor tikus lari keluar, menjerit saya. Haha. Terus tak berani nak bagi Irsyad guna tandas tu. Tak lama lepas tu, datang kawan suami dia check setiap tandas kat esok sebab esoknya ada event dalam ladang. Pastu saya dengar la diorang kecoh-kecoh. Bila tanya suami, dia cakap ada ular dalam tandas. Terkejutla saya. Tanya-tanya, rupa-rupanya tandas yang saya nak bagi Irsyad masuk tadi. Ya Allah, nasib baikla saya tak bagi Irsyad masuk tandas tu. Sejak tu, saya cukup takut nak biar anak-anak pergi ke ladang abah diorang.
So, sekarang ni, pagi Idlan dengan saya, petang dengan abah dia plak. Aktiviti dia kat opis saya tengok youtube. Tapi ada jugakla saya bagi dia buat latihan cuma tak banyak la sangat. Minggu depan saya cuti seminggu. So, nak p cari buku untuk dia buat latihan sementara cuti ni. Takdela hadap youtube jer kerjanya.
So, sekarang ni, pagi Idlan dengan saya, petang dengan abah dia plak. Aktiviti dia kat opis saya tengok youtube. Tapi ada jugakla saya bagi dia buat latihan cuma tak banyak la sangat. Minggu depan saya cuti seminggu. So, nak p cari buku untuk dia buat latihan sementara cuti ni. Takdela hadap youtube jer kerjanya.
muka budak seronok dapat layan youtube..
Salam semua,
Aduhai, susah jugak yer bila tak nampak komen baru ni. Hehe, thanks pada yang sudi singgah dah komen. Pasni kena la rajin tengok kat komen yer kawan-kawan.
Sejak saya tukar url blog, saya tak pernah nampak ada apa-apa komen. kebetulan plak masa tu blogger dah berwajah baru, lagi la tak nampak kan? So,hari ni tetiba jer rasa nak tengok kat bahagian "Comment". Sekali tengok, tu dia, punya berlambak komen saya tak approve.
Aduhai, susah jugak yer bila tak nampak komen baru ni. Hehe, thanks pada yang sudi singgah dah komen. Pasni kena la rajin tengok kat komen yer kawan-kawan.
klik banner tu join..
banyak blog yang kena folo.. tapi yang bestnya semua blog tu menarik.. memang berbaloi la folo..lagi satu, senarai hadiah pun best jugak..hehe..sebab tu la saya semangat nak join..mana tau dapat lagi hadiah dari GA kali ni..
Tempoh Giveway : 20 November 2016- 1 Januari 2017. ( Satu bulan lebih )
Keputusan : 2 Januari 2017
Hadiah akan dipos : 15 Januari 2017
nak join klik banner yer... moga ada rezeki makan kek Sarawak..hehehe
Salam semua
Baru-baru ni kecoh blogger tukar interface baru kan? Yela, tetiba tak jumpa plak semua blog yang kita dah followe sebelum ni. Jenuh klik satu-satu tab yang ada. Tetiba terpandang tab "Reading List" kat bawah. Barula muncul segala blog yang kita follow tu.
Pastu satu benda lagi saya tak jumpa nak cari, kat mana nak tengok kalau ada orang komen. Yela, mungkin sebab takde lagi orang yang komen kan, hehe. Tapi kalau macam dulu tu, senang jer nampak. Ni macam nak kena klik tab komen tu dulu la kot baru nampak, ye dak?
Tapi ada satu lagi yang saya suka pasal interface baru blogger ni ialah kat blog I follow tu.. dulu saya susah betul nak unfollow blog-blog yang dah tutup. Sekarang ni, senang sikit la walaupun masih kena buat manual satu-satu. Banyak juga blog yang dah hilang dan tak aktif (2011-2014).
Jadi senarai blog tu semua saya dah unfollow. Sekarang yang ada hanya yang paling latest updated pun 2015. Yela, mungkin diorang pun macam saya, mood ke laut, hehe. 3 hari jugakla saya buat cleaning process ni. Bukan per, saya nak follow blog baru. Maklumla saya pun dah tak aktif lama jadi nak kena cari blog yang boleh saya terjah la sekarang ni.
Salam semua
Hari ini genaplah umur Iqbal 4 bulan. Pagi tadi saya bawak dia pergi check up. Bulan lepas berat dia 6.8kg. Hari ni dah 7.2kg, naik tak sampai setengah kilo pun. Nasibla nurse tak kata apa, cuma tanya campur ke tak jer. So far, alhamdulillah saya masih berjaya beri Iqbal susu EBM sepenuhnya. Ada dalam masa 2-3 minggu lepas hampir putus asa jugak sebab susu tak nak keluar.
Saya asalnya agak ralat la kalau Iqbal cuma dapat fully bf sebelum 4 bulan sebab masa Irsyad dulu genap 4 bulan barula saya mula campur. Tapi alhamdulillah, kali ni masih ada rezeki untuk Iqbal, berkat guna pam letrik. Dulu guna pam manual jer, so agak penatla nak pam kalau susu dah tak keluar. Tapi bila guna pam letrik ni, walaupun mula-mula susu dah stop, lama-lama susu tu akan keluar jugak balik. Jadi, sangat membantula penggunaan pam letrik ni pada saya.
Tapi apa-apa pun saya berharap dapat beri Iqbal fully bf sekurang-kurangnya sehingga dia 6 bulan. Kalau dapat lebih dari tu adalah lebih baik sebab saya berhajat untuk teruskan bf sehingga umur 2 tahun tanpa perlu topup dengan susu formula.
Alhamdulillah, Ya Allah syukur ada rezeki saya menang Giveaway setelah sekian lama tak aktif berblog. Hehe. Hari ni buka emel sambil-sambil dok delete mesej ntah apa-apa yang datang, ternampak email dari Sa-viors ni. Dok pelik la naper plak boleh dapat mesej "Tahniah Menang" sedangkan saya rasa saya tak menang pun..
Nasib baikla tergerak hati nak check skali link yang dia bagi. Sungguhla memang betul link blog saya yang naik. Hahaha. Habis tu, yang ingat tak menang tu yang mana? Rupanya yang tu untuk pemenang Bloglist dia.. Yang ni plak pemenang Penghargaan. Nak tau apa yang saya menang tak? Ha, tengok ni.
Asalnya join sebab dok aim kat header tu jer.. yela, nak letak nama baru la kononnya..hehe..tak sangka plak boleh dapat hadiah fikizal yang lebih gempak. Sehelai Baju Negeri Perlis, Novel dan Keychain. Hehe, apa-apa pun thanks sangat pada Sa-viors sebab buat giveaway ni. Rezeki saya untuk sekian kalinya setelah berbulan tak aktif berblog. Nanti dah dapat hadiahnya saya update yer, insya allah.
Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan, yela blog dah lama tak update tetiba hilang dari radar. Rupa-rupanya link blog dah tukar. hehe, so saya pun dah mula la gelabah. patutnya buat entry pasal nak tukar link tu dulu kan baru la tukar link.Tapi ni terbalik plak, tukar link dulu baru nak bagitau orang. Haha, sapa yang baca ek? Ada ker? Cer tinggal jejak korang kat bawah nanti yer.
Kenapa saya tukar? Sebabnya link dulu tu Jaa Jahat so, lama dah pikir nak tukar. Jadinya saya tunggu semua iklan nuffnang tu berhenti barula boleh nak tukar. Kebetulan masa pregnant saya jadi malas benor nak tukar, tambah plak kerja banyak masa tu. Nak letak link baru pun jenuh mikir, akhirnya letak nama sendiri jerla macam saranan biras saya sorang tu.
Seperti yang korang nampak, inilah pertukaran yang berlaku.
jaajahat.blogspot.com -> jamilahamzah.blogspot.com
Saya tak pasti macam mana caranya saya nak bagitau kawan-kawan yang saya dah tukar link tapi yang nyata saya kena rajin terjah dan tinggalkan link blog kat entry kawan-kawan semua. So, kenala bermula dari awal semula. Alhamdulillah la hari Jumaat lepas adalah jugak yang datang terjah. Tak ramai tapi okla dari takde kan.
So, sekarang ni bermulala episod singgah-singgah blog korang. Kalau korang nak saya singgah blog korang jangan lupa tinggal link blog korang sekali yer.
GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS - Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera (dah jawab ke belum tu???), hari ini mummy nak melancarkan satu Giveaway. Dah lama tak buat giveaway,kan. Sampai, ada yang bertanyakan pada mummy. Bila nak buat giveaway lagi?? Haaaa...ni mummy dah buat GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Jangan tak join, tau !

GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS
Tadaaaa.. Ni jam untuk GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS. Koleksi jam ini di ilhamkan dari Lisa Surihani. Yang di beri jenama Lisa's Fghends. Boleh refer Facebook Lisa's Fghends

SYARAT MUDAH GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS
3 pemenang di cari !! Cepattt sertai Giveaway ini. Nak tahu syaratnya?? Mudah saja. Syaratnya seperti berikut :-
1. Buat 1 entri blog "GIVEAWAY AZLINDA ALIN x JAM TANGAN LISA SURIHANI "
2. Follow blog www.azlindaalin.com
3. Follow G+ INI
4. Follow Facebook ini, Facebook Rush Media dan Instagram ini
5. Tinggalkan URL di ruangan komen ini.
KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY AZLINDA ALIN JAM TANGAN LISA SURIHANI LISA'S FGHENDS
Giveaway ini bermula dari tarikh 20 Oktober 2016 hingga 25 November 2016
Keputusan pemenang akan di beritahu dalam blog ini pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.
Kesimpulannya, kene rajin terjah blog ini la ye...kalau nak tahu siapa gerangan yang menang dapat jam tangan Lisa Surihani ni.
Semoga berjaya !
Semoga berjaya !
Salam semua,
Dah lama saya tak update kan? Sebenarnya saya menghilang sebab mood dan masa tak mengizinkan. Bulan 11 tahun lepas saya disahkan hamil anak ketiga. Kononnya saya bercadangkan untuk tidak mengumumkan pada khalayak ramai sampai bersalin. Tapi hati ni dah tak boleh tahan, hahaha. Akhirnya pada bulan ke 7 pregnant, barula saya inform kat facebook.
Due date saya sebenarnya pada 13 Ogos tapi disebabkan pregnancy kali ni saya mengalami anemia, baby saya lahir 3 minggu lebih awal (seminggu lebih awal dari abang-abang dia) dengan berat 3.4kg. Rasanya kalau seminggu lepas tu baru bersalin, mau berat baby naik 3.5kg sama dengan berat Irsyad.
By the way, ini anak saya yang ketiga, Muhammad Iqbal b. Mohd Husni (boy jugak, hehe) dilahirkan pada 23 Julai 2016 pukul 8.20 pagi.
Pasni kena fikirla pulak nama blog yang baru sebab bukan Mama Idlan dan Irsyad sajer dah. Okla, tu jerla kot buat masa ni. Tunggu next entry bila saya rajin yer. Hehe.
Tarikh tamat Giveaway 10 JUNE 2016
fufufu...lama tak bersiaran..tetiba nampak giveaway ni plak... so, jom ramai-ramai join.. perencah ikan bakar ni memang popular la time-time puasa ni... mana tau rezeki korang kan...
nak join klik banner yer..
Salam semua...
lama tak menulis kat blog ni... hari ni nak cerita pasal kejadian yang berlaku malam Selasa yang lepas..
malam tu, lepas Idlan mandi saya tolong lapkan kepala dan badan dia..masa tu, dia membelakangkan saya.. so, lepas dah lap-lap semua saya tarik tuala tu ke atas sebab nak sidai tuala tu... tapi tak disangka-sangka.. tuala tu tersangkut kat gigi Idlan.. dan saya pulak tarik tuala tu kuat, so, gigi Idlan masa tu tertarik jugak ke atas menyebabkan gusi dia pun terkoyak jugak..
Allah, boleh bayang perasaan saya masa tu?? Dengan darah keluar menitik-nitik..dengan Idlan meraung sakit...Ya Allah.. kena plak masa tu hubby takde kat rumah...rasa macam nak panggil jiran sebelah bawak Idlan p klinik masa tu jugak..huhu..
Tapi, saya cuba bertenang... saya pujuk Idlan dan cuba hentikan darah tu...alhamdulillah, tak lama lepas tu, suara Idlan dan darah pun berhenti...ok, first of all, nak bagitau korang.. sebenarnya gigi Idlan tu memang dah goyang..sebab dia pernah terjatuh dulu kat nursery.. tapi masa tu saya pikir dia kecik lagi nak bawak ke dentist, buatkan saya tak sampai hati nak ke klinik...
tapi bila dah sampai gusi terkoyak ni, risau la jugak kan...malam tu, saya mesej kawan saya.. kebetulan dia Doktor Gigi.. saya tanya macam mana.. dia cakap kalau tak teruk, boleh jer pergi klinik esok..lagipun Idlan dah boleh main-main dah masa tu..
esoknya, pagi-pagi lagi saya bawak Idlan ke klinik.. masa menunggu giliran tu, dia happy jer.. bila tanya "takut tak?", dia jawab "Tak"... so lepas masuk dalam bilik rawatan tu, dia mula takut bila doktor letak ubat kebas tu...menggelupur la kejap.. terpaksa saya pegang kaki dan tangan dia..dan tetiba jer saya tengok gigi dia dah tercabut... darah keluar banyak.. lepas tu, dia plak tkut tak habis lagi.. nak suruh dia gigi kapas tu pun dia takut... pujuk2 barula dia nak...
lepas jer keluar dari bilik doktor tu, dia dah ok sikit.. darah masih banyak.. so, lepas tu terus saya inform opis yang saya terpaksa ambik EL sebab nak jaga dia..on the way balik, sempat la Idlan bergambar buat kenang-kenangan..
tengok la budak ni.. betapa gembiranya dia sebab tak payah pi sekolah.. boleh balik rumah dengan mama...
tapi dalam dok seronok nak balik tu, ingat jugak dia kat Irsyad..dok tanya "Mana Irsyad? Naper tinggal Irsyad?" hehehe...Irsayad tinggal kat nursery.. so, saya jaga dia jer.. balik nanti hubby ambik ler...
rongak dah gigi dia..hehe...nampak tak macam ada garisan kat gusi dia tu? tula gusi yang terkoyak tu.. tapi doktor gigi tu cakap tak perlu risau, luka tu akan sembuh sendiri..jadi lega la sikit hati saya ni....
erm, ni la pengalaman pertama Idlan cabut gigi.. saya ingat pengalaman ni akan datang bila dia masuk sekolah rendah.. tak sangka lebih awal.. huhu..takpela..
malam tu, abah dia belanja makan aiskrim...oh yer, lupa plak.. oktor cakap jangan bagi minum air panas..bagi air sejuk jer.. so sebab tu saya pesan kat hubby beli ais krim untuk dia dan Irsyad...