Awasi tidur anak

August 22, 2011

Korang suma mesti tahu yang tidur adalah satu ibadah. Jadi, tidur juga ada adab-adab yang perlu kita amalkan selaras dengan sunah Nabi S.A.W.

Antara adab-adab yang perlu kita amalkan ialah:

1. Sebelum tidur, pastikan:

ü Makanan yang diambil tidak terlalu berat dan tidak terlalu mengenyangkan. Sebabnya ialah perut yang terlalu kenyang akan membuatkan kita cepat mengantuk dan payah nak bangun. Waktu makan yang baik pula ialah sebelum pukul 7 malam.

ü Tidur awal.

ü Berwuduk.

ü Baca beberapa surah al-quran.

ü Ajak anak-anak bertaubat.

ü Tempat tidur bersih dan terlindung. Tidur di bilik tidur, bukan di tempat terbuka misalnya di ruang tamu terutamanya perempuan. Didik anak-anak supaya ketuk pintu sebelum diizinkan masuk ke bilik.

ü Pisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan. Jadi sebuah rumah seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 3 buah bilik.

ü Biasakan anak-anak tidur di atas bahagian tubuh sebelah kanan pada awal tidurnya. Elakkan tidur telungkup/meniarap (begitu juga bayi-bayi) kerana boleh menyebabkan paru-paru tersekat semasa bernafas. Tidur sebelah kiri pula boleh menghimpit jantung.

ü Padamkan lampu dan sumber api yang membahayakan.

2. Bangun tidur, pastikan:

o Pegang dan tarik perlahan-lahan hujung ibu jari kakinya. (menggoncangkan badan boleh menyebabkan kejutan)

Dan tentulah apa-apa pun perbuatan kita harus dimula dan diakhiri dengan doa…


Sumber : Solusi

You Might Also Like

0 comments

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram