sedikit info berkaitan GBS dan selepas kelahiran Irsyad
November 27, 2012
salam semua, saya terima komen ni tadi berkaitan GBS... disebabkan nurul takde tinggalkan link, saya buat entri khas untuk dia...
dan lepas bersalin, saya kena tahan wad 3 hari sebab doktor nak pantau keadaan Irsyad, in case ada apa-apa terjadi kat dia.. tapi alhamdulillah, takde tanda-tanda yang berkaitan GBS kat dia, cuma kuning sikit masa tu.. so, saya dibenarkan pulang...tapi diorang pesan kalau ada apa-apa tanda lain (yang saya dah lupa apa dia) dalam masa 2 minggu kena refer hospital balik...
di kampung, mula-mula tu Irsyad ada naik macam lepuh-lepuh air kat leher, pastu naik kat celah kangkang, pastu belakang, mula-mula saya risau juga.. ini ker tanda-tanda GBS? masa check up saya bagitau doktor dan diorang kata mungkin itu puncanya. .so, diorang bagi saya ubat untuk lap kat lepuh-lepuh tu... sorry takde plak pic masa tu nak tunjuk... tapi lepas saya lap, lepuh-lepuh tu pecah dan hilang dengan sendirinya... proses tu ambil masa dalam seminggu dua jer rasanya... tapi sampai sekarang dah takde apa-apa dah.. alhamdulillah sebab Irsyad pun membesar dengan sihat..
erm, itu jela yang terjadi pada saya berkaitan GBS ni.. saya pun hampir terlupa pasal ni...hahaha... so, pada Nurul, semoga awak pun akan lahirkan anak yang sihat sempurna hendaknya...dan insya allah, takde apa-apa yang akan berlaku nanti... yang penting, jangan lupa makan antibiotik yang diorang bagi...
3 comments
saya pun tak tahu pasal GBS nih...
ReplyDeletetak tahu sgt psl GBS nih
ReplyDeletesya GBS positif
ReplyDeletejangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...