Pertama Kali Main Sukan

May 30, 2014

salam semua,

17 haribulan yang lepas ada Hari Sukan di Taska Idlan. Pagi tu mood Idlan ok jer.. Seronok jer sepanjang perjalanan dari rumah ke Taska. Lepas turun kereta pun dia happy jer. Tapi bila makin dekat dengan taska dia tengok ramai sangat orang, dia jadi takut. Terus taknak jalan sendiri. Nak didukung...huhu.. camner nak suruh dia main game kalau macam ni?

Saya bawak dia ke tempat kawan-kawan dia beratur...tu pun dia tak nak jugak duduk dengan diorang... masa sampai tu, barula saya teringat, Idlan tak lagi baju sukan macam kawan-kawan dia.. so, haritu dia sorang jer lain bajunya..lepas tanya dengan pihak taska, diorang kata kena beli dan terus saya teringat kenapa saya tak beli masa mula-mula daftar Idlan... masa nak beli tu takde saiz... tup-tup dah sukan baru teringat..haha.. per cerita? nasib badan la..

ok, berbalik pada game yang Idlan kena main... mula-mulanya dia tak nak main.. last-last saya paksa jugak dia.. heret dia ke cikgu dia.. dan tinggalkan dia kat situ..huhu.. kejam ker? nak bagi dia biasa sebenarnya...


ini adalah game pertama dia main,  nampak giler dia blur tak tau apa nak kena buat... masa game tu start, budak-budak lain dah lri gi kutip bola, tapi dia tak gerak-gerak.. cikgu dia yang bawak ke tengah, nak suruh dia kutip bola-bola dan masukkan dalam baldi kecik tu..haha.. kesian giler saya tengok dia masa ni.. dia tak tau nak kena buat apa.. dan dia adalah orang terakhir sampai ke garisan penamat.. masa ni saya dengar ada orang cakap yang dia ganti tempat orang.. tu yg dia tak tau nak buat apa... huhu.. takpela.. ganti dia join main game tu.. bagi dia ada pengalaman..

lepas kutip bola tu, terus saya panggil dia untuk lari katsaya.. masa ni baru la saya tengok dia senyum dan datang kat saya.. mula-mula tu, muka blur giler.. haha..


ini game kedua dia main... sebenarnya ada video tapi tu la... kan saya bagitau yang semmuanya dah hilang.. game ni lari dalam gelung...main game ni pun dia yang teakhir jugak.. haha.. sebab dia tak lari sangant.. kesian kat kawan dia la...

tapi, masa ni saya tengok dia dah ok sikit.. takdela blur sangat.. lepas game tu happy jer dia.. hehe.. terus gi join Irsyad main mainan kat situ..tapi kami dok situ tak sampai habis pun... sebab dah nak hujan.. kami terus balik...elok jer kami keluar dah kawasan taska tu hujan lebat selebat-lebatnya.. huhu.. nasib baik...


hehe.. okla.. tu jer nak cerita...pengalaman pertama amat bermakna kan?


You Might Also Like

1 comments

  1. pengalaman pertama memang bermakna... tak apa nanti second one mesti dia dah faham dan tak blur lagi dah... salam jumaat...

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram