Nak Balik Kampung Nenek
December 23, 2014
salam semua,
sekarang ni, asal jalan jauh sikit jer, Idlan mesti cakap " Mama, nak balik kampung nenek".. alahai, kalau dekat boleh jer tiap-tiap minggu balik sayang.. pagi semalam, dia buat hal tak nak pergi sekolah...siap bagitau lagi.. "Mama, Idlan tak nak pegi sekolah.. Idlan nak balik kampung nenek"... dah sampai sekolah pun, dia tak nak keluar dari kereta....saya buka ikut pintu kiri, dia lari ke pintu kanan.. saya buka pintu kanan, dia lari ke depan.. sampai terpaksa la abah dia pun keluar sama untuk tahan dan capai mana yang sempat...
dah masuk tadika pun, cikgu la yang terpaksa tarik masuk dalam kelas.. budak ni la...Irsyad yang asalnya ok.. tetiba bila sampai taska, dia pun buat perangai tak nak masuk ..erm, terpaksa la cikgu yang dukung bawak masuk... kalau tak, siap lambai-lambai lagi kami ni dari pintu masuk taska tu...
hari ni, Idlan cakap lagi benda yang sama.. huhu.. erm, nampak gaya memang kena cari masa untuk balik kampung jugak la.. dia seronok dok kat kampung tu...jumpa ramai orang.. kat sini kami jer yang ada..
erm, anak-anak.. bila dah besar.. dah pandai mintak macam-macam kan? jenuh nak penuhi permintaan diorang tu...tapi tidakla semua kami penuhi.. yang mana mampu dan wajar jerla...
betul tak?
6 comments
Hehehe rindu dengan nenek la tu.. qebal tak nak balik dah.. ritu balik naik train sampai 2 bulan dah reyau melalak tak nak g umah mama tok dia..
ReplyDeleteye la kalau dapat ditunaikan ok la kalau x boleh kena la tolak kan
ReplyDeleteidlan tak puas balik kg tuh.. sma mcm nurul lah k.ja, aritu waktu nak balik dok nangis.. sedih..ealah kat kg ramai kwn sepupu2 dia..
ReplyDeletehehehe.. nak balik~~ huhu
ReplyDeletejemput singgah blog saya..
http://aizfaizi.blogspot.com/
ting.. ting.. isi tabung idlan n irsyad,..:-)
ReplyDeleteSalam perkenalan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
ReplyDeletejangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...