Pengalaman Raya 2017

July 04, 2017

Assalamulaikum semua,

Lama saya tak bersiaran di blog. Sekarang ni asyik hadap Instagram dan Facebook jer sampaikan blog kesayangan ni terabai. Hari ni nak up la sikit pasal raya tahun ni. Tahun ni kami beraya di Parit Buntar, kampung suami.

Pagi-pagi lepas sembahyang raya tu, kami semua dok pakat bergambar dengan family masing-masing. Tema saya sekeluarga tahun ni warna navy blue (Hubby jer lain sikit). Baju raya anak-anak hari Sabtu tu baru sempat nak pergi cari. Ingatkan tema navy blue ni senang nak cari tapi sangkaan saya meleset. Royal blue lagi senang berbanding Navy Blue. Tu yang baju anak-anak suma tak sama.

Nak dapatkan gambar yang cantik pun jenuhla dengan budak-budak ni. Lepas sorang-sorang buat hal. Nasib baikla time bergambar tu Iqbal senyap jer. Kalau dia dah menangis-nangis memang takdela gambar kami hari tu. 





Lepas penat bergambar kat rumah, kami semua serbu ke kedai gambar plak. Punya la ramai orang. Lama jugak kami menunggu. Nasib anak-anak tak buat hal.


Ni gambar yang ambik sendiri. Gambar kedai tak siap lagi. Time ni Iqbal dah mula nak ngamuk. Tu yang muka sememeh jer tu. Tapikan, ini la first time kami mai ambik gambar famili, pagi raya plak tu. Haha, takpela. Buat kenangan kan. Lepas dah penat bergambar, barula kami 'mengerang' rumah sanak-saudara kat Parit Buntar tu. Gambar tak ambik sangat sebab time tu sibuk dengan anak-anak dan makan sampai tak ingat dunia.

Korang plak macam mana? Nanti saya pergi terjah blog korang yer. Nak baca jugak kisah korang.




You Might Also Like

1 comments

  1. nice pics :)
    selamat hari raya
    tq sbb sudi singgah and drop comment kat my blog :)

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram