Cuti Emergency

October 13, 2014

salam semua,

hari jumaat yang lepas, hubby bagi notis dari taska Idlan bahawa taska akan ditutup pada 13-14 hb ni disebabkan kerja pembersihan dari penyakit HFMD. Kerap plak jadinya... first time haritu mula2 cuti kat taska Idlan 2 hari...pastu taska Irsyad plak 2 hari..memang stress saya masa tu...tapi kali ni xdela stress lagi...harap2 kat taska Irsyad takdela plak kena tutup pasni... cuti tinggal berapa kerat jer lagi ni...

so, hari ni saya cuti..esok turn hubby plak cuti...tapi sejak pagi semalam, tetiba Idlan start batuk dan semput...lepas bawak ke klinik, Dr cakap paru-paru dia kena jangkitan...hai, kesian Idlan..

asalnya pagi ni saya ingat nak mintak hubby bawak Irsyad jer ke nursery...tapi bila bangun pagi tadi tengok badan Irsyad pun dah start panas...jadi dua2 tinggal dengan saya hari ni...jadi sebelum kedua-dua budak tu bangun saya siapkan sikit kerja rumah...

sekarang budak-budak ni dah bangun...bangun jer terus nak layan 'Let it go' hehe..sejak adik ipar bagi citer Frozen ni, upin ipin pun diorang dah tak teringat nak tengok...

erm, Irsyad alhamdulillah suhu badan dah normal kembali...Idlan plak alhamdulillah dah kurang semputnya...moga hari ni kesihatan diorang makin elok..,

You Might Also Like

1 comments

  1. sian idlan... kakja, camne blh kene jgkitan tu ek...

    aqilah ni pun macam ada panas2 gak sehari dua ni... + dia selsema

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram