Tukar sekolah...

salam semua...

sejak Isnin yang lepas, Idlan dan Irsyad bertukar Taska..jangan salah faham.. masih taska yag sama.. tapi sebab diorang asingkan bangunan ikut tahun.. jadi bila Irsyad akan 3 tahun tahun depan, dia kena tukar ke taska Idlan (taska 3-4 tahun) sebelum ni... dan Idlan plak tukar ke tadika Tahun 5-6...

jadinya, hari Isnin tu, masing-masing panik sebab kena tukar.. dah la tukar bangunan, tukar cikgu plak tu.. mau tak panik.. Idlan sampai taknak kuar kereta..dah masuk dalam Tadika tu pun cikgu yang ambik bawak masuk... tapi hari pertama jer la.. sebabnya kawan-kawan yang lain semua ada kan.. kalau tahun lepas, dia 'senggara sikit' sebab dia tak kenal sesiapa kat taska masa tu.. takut benar dia masa tu.. sedih tengok dia.. tapi sekarang alhamdulillah... dia dah ok...dah kembali ke normal..

lain pulak cerita dengan Irsyad...Irsyad dari hari pertama sampai la harini masih lagi menjerit-jerit menangis tak nak pergi ke taska baru...siap berlari nak keluar dari taska tu...nasib baik la kali ni hati saya keras sikit.. so, takdela sedih tengok dia...rasa lucu pulak..hehe... alhamdulillah, hari ni dia dah ok.. masuk taska simpan kasut sendiri.. beg pun bawak sendiri ke bilik... seronok saya tengok dia hari ni....

erm, diorang tukar awal sebagai persediaan untuk sesi tahun depan.. so, tahun lepas pun sama jugak kan.. cuma bezanya tahun lepas Idlan yang ambik masa yang lama nak sesuaikan diri.. Irsyad kejap jer.. kali ni terbalik pulak... salah satu punca mungkin sebab taska yang 3-4 tahun ni sedikit luas dan open sangat.. so, dia tak biasa.. dulu kat taska 1-2 tahun, taska tu macam rumah sebijik..so, dia rasa selamat sikit kot.. yang ni macam open shoplot.. walaupun berpagar...tapi besar dan luas..

sebenarnya, dulu semua peringkat umur dari 1-6 (kalau tak salah) ditempatkan kat taska tu.. so, jumlah anak-anak kat situ sikit dan sempit sikitla.. bila diorang dah pecah-pecahkan, tempat ni jadi luas yang amat la kan...

erm, takpe.. persediaan untuk diorang untuk ke sekolah rendah nanti.. nanti tak ler terkejut sangat kan..heheh...

Comments

IntaNBerliaN said…
AIK, ADA ENTRY BARU KE... PTG BARU BACA SBB DEKAT bloglist saya tak naik pun link kakja... duk entry seminggu yg lalu je...