Link baru blog

Salam semua,



Mungkin ada yang perasan, mungkin ada yang tak perasan, yela blog dah lama tak update tetiba hilang dari radar. Rupa-rupanya link blog dah tukar. hehe, so saya pun dah mula la gelabah. patutnya buat entry pasal nak tukar link tu dulu kan baru la tukar link.Tapi ni terbalik plak, tukar link dulu baru nak bagitau orang. Haha, sapa yang baca ek? Ada ker? Cer tinggal jejak korang kat bawah nanti yer.

Kenapa saya tukar? Sebabnya link dulu tu Jaa Jahat so, lama dah pikir nak tukar. Jadinya saya tunggu semua iklan nuffnang tu berhenti barula boleh nak tukar. Kebetulan masa pregnant saya jadi malas benor nak tukar, tambah plak kerja banyak masa tu. Nak letak link baru pun jenuh mikir, akhirnya letak nama sendiri jerla macam saranan biras saya sorang tu. 

Seperti yang korang nampak, inilah pertukaran yang berlaku.

jaajahat.blogspot.com -> jamilahamzah.blogspot.com


Saya tak pasti macam mana caranya saya nak bagitau kawan-kawan yang saya dah tukar link tapi yang nyata saya kena rajin terjah dan tinggalkan link blog kat entry kawan-kawan semua. So, kenala bermula dari awal semula. Alhamdulillah la hari Jumaat lepas adalah jugak yang datang terjah. Tak ramai tapi okla dari takde kan.

So, sekarang ni bermulala episod singgah-singgah blog korang. Kalau korang nak saya singgah blog korang jangan lupa tinggal link blog korang sekali yer.

Comments

adianiez AIDA said…
yes. jaa jahat tu very the familiar.
the moment nampak jamilahamzah tu, rasa nyer mcm new fren.
but ~ kawan lama rupa nyer :)