Menang Giveaway dari Sa-Viors

November 17, 2016

Alhamdulillah, Ya Allah syukur ada rezeki saya menang Giveaway setelah sekian lama tak aktif berblog. Hehe. Hari ni buka emel sambil-sambil dok delete mesej ntah apa-apa yang datang, ternampak email dari Sa-viors ni. Dok pelik la naper plak boleh dapat mesej "Tahniah Menang" sedangkan saya rasa saya tak menang pun.. 

Nasib baikla tergerak hati nak check skali link yang dia bagi. Sungguhla memang betul link blog saya yang naik. Hahaha. Habis tu, yang ingat tak menang tu yang mana? Rupanya yang tu untuk pemenang Bloglist dia.. Yang ni  plak pemenang Penghargaan. Nak tau apa yang saya menang tak? Ha, tengok ni.


Asalnya join sebab dok aim kat header tu jer.. yela, nak letak nama baru la kononnya..hehe..tak sangka plak boleh dapat hadiah fikizal yang lebih gempak. Sehelai Baju Negeri Perlis, Novel dan Keychain. Hehe, apa-apa pun thanks sangat pada Sa-viors sebab buat giveaway ni. Rezeki saya untuk sekian kalinya setelah berbulan tak aktif berblog. Nanti dah dapat hadiahnya saya update yer, insya allah.

You Might Also Like

2 comments

Instagram

Subscribe