Selesai kemaskini following blog

November 25, 2016

Salam semua

Baru-baru ni kecoh blogger tukar interface baru kan? Yela, tetiba tak jumpa plak semua blog yang kita dah followe sebelum ni. Jenuh klik satu-satu tab yang ada. Tetiba terpandang tab "Reading List" kat bawah. Barula muncul segala blog yang kita follow tu. 

Pastu satu benda lagi saya tak jumpa nak cari, kat mana nak tengok kalau ada orang komen. Yela, mungkin sebab takde lagi orang yang komen kan, hehe. Tapi kalau macam dulu tu, senang jer nampak. Ni macam nak kena klik tab komen tu dulu la kot baru nampak, ye dak?

Tapi ada satu lagi yang saya suka pasal interface baru blogger ni ialah kat blog I follow tu.. dulu saya susah betul nak unfollow blog-blog yang dah tutup. Sekarang ni, senang sikit la walaupun masih kena buat manual satu-satu. Banyak juga blog yang dah hilang dan tak aktif (2011-2014). 


Jadi senarai blog tu semua saya dah unfollow. Sekarang yang ada hanya yang paling latest updated pun 2015. Yela, mungkin diorang pun macam saya, mood ke laut, hehe. 3 hari jugakla saya buat cleaning process ni. Bukan per, saya nak follow blog baru. Maklumla saya pun dah tak aktif lama jadi nak kena cari blog yang boleh saya terjah la sekarang ni.

You Might Also Like

2 comments

Instagram

Subscribe