Cuti-cuti Malaysia | Teluk Batik (2013)

salam semua

ni nak sambung citer masa hujung minggu lepas sebenarnya...

selepas balik dari Langkap, kami tak terus balik rumah tapi kami singgah ke Jeti Bagan Datoh kejap...Idlan punya la excited sampai saya yang risau sebab tengok dia terlompat-lompat, berdiri kat tepi-tepi penghadang besi tu... seronok sangat la dia...
tengok pic ni.. excited kan dia...macam nak terjun ke dalam laut jer.. hati sapa la tak cuak kan?? kejap jer kami datang sebab dah nak Maghrib masa ni..then lepas tu terus kami balik rumah...

pagi Ahad tu, kami bersiap-siap plak ke Teluk Batik.. kalau dulu saya pergi dengan biras jer.. kali ni meriah sikit sebab mak mentua, adik-adik ipar dan bakal biras pun ada sekali...

 ha, ini pemandangan sebelum korang sampai ke tepi pantai... sebelah dataran ni ada kedai-kedai jualan... so, kalau nak beli apa-apa kat situ la.. kedai makan pun ada jugak...

nampak lengang kan? sebabnya time ni tengah hari.. agak panas dan kebetulan masa gambar ni diambil, mendung sikit, nak hujan... so, ramai yang cari tempat berteduh...

 disebabkan kali ni pergi ramai orang, so Mama Idlan & Irsyad ada masa la nak ambik gambar sikit...haha.. dah anak-anak ada orang tolong pegangkan... yang kat belakang tu, bakal pengantin hujung bulan ni... tu muka ada SENYUM...hehe...yang depan tu adik ipar saya yang paling kecik...

 ha, ni plak my MIL...tolong pegangkan Irsyad kejap...hehe

 kami pergi ramai-ramai tapi yagn mandi cuma my hubby + Idlan, adik ipar + anak dia jer...yang lain suma malas nak mandi.... erm, Idlan dan si kecil lagi sorang tu pun bukan nak mandi pun..dua-dua takut ombak.. tapi dah kena paksa.. terpaksa la juga.. menjerit jer sepanjang mandi...kesian plak tengok diorang...

 time cuti sekolah ni, memang silap la pi mandi kat situ.. orang ramai giler la...nasib baik la kami ada tempat jugak nak letak barang...

(oh, baru perasan ada en hubby tengah beratur kat situ)

tapi yang paling tak syok sekali ialah ni.. nak tukar baju kena Q panjang...huhu... patutnya pengurusan kena tambah lagi tempat mandi... kena buat besar punya...koman-koman 10 bilik mandi...baru la Q tu tak panjang sangat... (sebab tu la adik ipar saya yang beria nak mandi terus tak jadi nak mandi)

kami pergi kejap jer... kul 1 sampai dalam kul 3 camtu jer kami dah balik..nak-nak plak masa tu dah mula nak hujan... anak-anak harus diselamatkan dulu...keluar jer dari Teluk Batik ni, kami singgah Tesco kejap... dekat jer dari Teluk Batik ni.. tapi korang tengok kat bawah ni...

masuk kereta jer, tak sampai 5 minit dua beradik ni dah tidur... penat betul diorang...haha... Irsyad tu memang masa kat pantai lagi nampak dia mengantuk tapi dia tak nak tidur... last-last masuk kereta baru la dia lelap... Idlan memang konfirm la tidur kan sebab "bertarung" tadi..heheh

okla.. tu jer la entri untuk hujung minggu lepas...jumpa lagi...

Comments

syawalsimpsons said…
sue tak penah jalan kat teluk batik ni
IntaNBerliaN said…
kakja, gambar first tu, yg sblh belakang karimah tu sape?.. rendah sgt, xnmpk muka
@IntaNBerliaNtu orang lain..hehe.. masa tu ramai org kat situ..
Puan Kutu said…
teluk batik tu airnya kotor kan?sy tgok ramai je yg dok mandi..pegi situ setakat nak amik angin boleh la.mmg tak rela nak mandi sbb kena Q panjang.hehe..
fieda said…
tak pernah pi lg.