BAHAYA JANGKITAN VIRUS GBS


salam semua... maaf saya tak dapat nak berkunjung ke blog korang sepanjang minggu lepas disebabkan saya  sibuk dengan urusan pengauditan oleh SIRIM Jumaat yang lalu...minggu ni baru ler saya boleh menerjah blog-blog korang....

anyway, saya nak cerita sikit kat korang ni.... hari Khamis yang lepas saya pergi check up di Klinik Kesihatan untuk kandungan saya.. erm, masa tu kandungan saya dah 27 minggu... sebulan yang lepas, saya ada bagitau kat Dr yang saya mengalami masalah keputihan di mana keputihan tu buatkan saya rasa gatal-gatal... saya ingatkan jangkitan biasa jer, sebab saya pernah dijangkiti oleh bakteria Candida sebelum ni (sebelum pregnant)...hasil ujian bulan lepas, saya dapat masa check up yang baru ni.. Dr. mengesahkan yang saya dijangkiti oleh 2 jenis virus, Candida dan GBS... candidia ni takdela bahaya sangat tapi GBS inilah yang merisaukan saya. Dr. bagitau yang GBS ni boleh membahayakan baby.... bila Dr. cakap macam tu, saya terus cuak..sampai tak tercakap apa-apa kat Dr.... Dr. mintak saya ke Hospital untuk pemeriksaan lanjut yang diselia oleh pakar.. kalau korang, korang tak cuak ker? Lepas balik, saya cari ler maklumat pasal GBS ni.. apa bendanya?

so, inilah hasil yang saya jumpa...

sumber

Group B streptococcus  (GBS) sejenis jangkitan bakteria yang boleh didapati dalam faraj atau dubur wanita hamil. Bakteria ini biasanya dijumpai dalam faraj dan / atau rektum kira-kira 25% semua wanita, sihat dan dewasa. Seorang ibu boleh menjangkitkan GBS kepada bayinya semasa bersalin dan bukan setiap bayi yang dilahirkan kepada ibu yang menguji positif untuk GBS akan jatuh sakit.


Tanda-tanda bahaya pada bayi (pada awal GBS)

Tekanan ketidakstabilan masalah pernafasan, jantung dan darah
Masalah gastrousus dan buah pinggang
Sepsis, pneumonia dan meningitis adalah komplikasi yang paling biasa


Betapa seriusnya GBS?
GBS boleh menyebabkan jangkitan pundi kencing dan jangkitan rahim ibu. Dalam kes-kes yang serius GBS boleh menyebabkan meningitis, sepsis, pneumonia atau menyebabkan kelahiran mati daripada bayi yang baru lahir.



sumber


erm, cukup la tu...ayat terakhir dah cukup merisaukan saya... hari Rabu ni baru saya pergi ke Hospital untuk set appointment sebab Klinik pakar tu hanya pada hari Rabu dan Jumaat. Saya akan tanya habis-habisan masa tuberkaitan GBS ni, hopefully saya tak blur lagi masa tu....buat masa sekarang saya hanya makan antibiotik jer untuk mengurangkan risiko GBS tu.. hopefully semuanya selamat.... doakan saya ye kawan-kawan...
 

Comments

IntaNBerliaN said…
kakja mmg patut tanya habisan2 pun kakja.. sbb saya sndiri rs xpuas hati bila tanya kakja br ni kakja kata xtanya doc.. hihihii

alaaa kakja kan tau biras kakja ni akn tnya byk soalan, so, kakja kne prepare hihihii

btw, hope xda pe2 lah... sy pun risau dgn ayat akhir tu.. jaga diri yer..!!
profmie said…
mcm2x lah skngni..bhye btul.
Arina Shamsul said…
saya turut merasakan kebimbangan kamu dear ..

haraf semuanya selesai dengan baik ..

take care :)
Cik Z@i Pen@nG said…
Tabahkan ati...moga ada jln penyelesaian
Zie said…
Emm bahaya tu.. mudahan jaa dapatkn rawatan selanjutnya oleh dr...
Izan Ishak said…
jaa, 1st time izan baca pasal virus GBS ni... kalau ikut info yg ada ni mmg takutlah dgn kesannya kan.

insyaAllah... izan doakan semuanya selamat buat jaa n bby dlm kandungan tu.
Anonymous said…
sya mta izin share ye, tq
Siti Nadiah said…
Salam... tumpang tanay... macam mana awk atasi gbs ni dan langkah yg awk ambil...
salam sis, saya ada cerita dalam entry saya di sini

http://jaajahat.blogspot.com/2012/11/sedikit-info-berkaitan-gbs-dan-selepas.html