Idlan dah pandai nak ke Kedai


salam semua...

kisah ni berlaku pagi tadi, masa saya nak keluar rumah nak datang kerja pagi ni, saya keluar dulu dengan Idlan sebab my hubby tak siap lagi... so lepas keluar tu, saya terus la ke lif... kalau korang nak tau, rumah saya betul-betul depan pintu lif... tapi Idlan ni tak nak naik... dia nak ke belah hujung lagi satu...saya dah tau dah kenapa so saya tak nak la lalu ikut situ.. menangis dia tak nak naik lif.. nak jugak ikut jalan hujung tu... saya pun ikut la dia... dah sampai hujung, sayaajak naik lif yang lagi satu, dia tak nak jugak... mata tu melilau cari kedai... haha, saya kata bukan kat sini.. kat bawah.... still tak nak naik lif, terpaksa la saya dukung dia naik lif tu.. 

dalam tu pun dok meronta-ronta tak nak... bila lif tu sampai je bawah, terus dia keluar dan cari kedai tu, nasib baik ler kedai tu tutup lagi... itu pun masih lagi nak dok depan kedai tu.. yang saya ni dah lambat nak pegi kerja... last-last saya dukung dia dan bawak ler ke kereta kami yang ada kat hujung belah lagi satu... tengah dok jalan-jalan tu, sekali lagi dia meronta... nak turun... ingatkan nak berjalan sendiri pergi ke kereta..rupa-rupanya nak ke taman mainan..aduh....saya dukung dia balik dan terus ke kereta....nasib baik pastu dia dah tak meronta-ronta... yela, perut saya ni dah besar... bukan senang nak dukung kalau dia dok meronta-ronta....

erm, untuk makluman korang, hari sabtu yang lepas, saya ada bawak Idlan pergi main kat taman mainan tu pagi Sabtu tu... lepas tu saya singgah kejap ke kedai di bawah flat kitaorang... kedai tu ada jual makanan ringan dan air kotak...so, saya belikan 1 air kotak untuk dia....pastu terus kami ke taman mainan.. lepas jer dia minum sekotak tu, dia pergi balik ke kedai tu sendiri....nak lagi satu air kotak... so, maknanya hari Sabtu tu 2 air kotak la dia minum...

hari Ahad pulak, saya bawak lagi dia ke taman mainan tu tapi kali ni saya takdela bawak duit sebabnya saya tak merancang nak beli apa-apa kat dia..tengah-tengah dia dok main bola tu, boleh dia tarik tangan saya dan ajak saya ke kedai...aduh, budak ni...nasib baik orang kedai tu bagi ambik dulu....lepas tu terpaksa la saya naik atas dan turun balik untuk bayar kat kedai tu...

erm ,lepas ni saya dah tak boleh keluar rumah tanpa bawak duit sebab Idlan mesti nak air kotak...nasib baik ler air kotak jer dia nak... kalau macam-macam... barai poket...

 

Comments

ummi anum said…
hahaha..dah pandai tu idlan..
IntaNBerliaN said…
hihiii idlan dahagalaah.,.. dah main mesti kene minum :-)
Zie said…
emm dia dar mark sesuatu kat kedai tu... hari2lah dia ajak nanti hehehe
pena rozie said…
muahahahahaha....
Aju Mohit said…
Hihi Idlan pon dh pandai ngecek Kat mama ye, pandai betul
Asmara said…
hihi.. sekali dpt nak lagi ye. lepas ni mama idlan kene beli siap2 kat rmh, so takde la tiap kali nmpk kedai nak air kotak. hehe.. buat air manis letak dlm botol air straw tu kan. mesti dia suka. ;D
Papa Mifz said…
dah makin bijak la tuh...:)
PinkUmmi said…
hahaha.xcukup minum skotak tuh yg dia gi kedai bli sndiri
Myra Jay said…
Heheee, lepas ni kena standby duit sellau la jawbnya... ;)
Cinta Misteri said…
Haduiì mmg cenggitu lah bdk2 skang ni
Myra Jay said…
Singgah balas...

Lama tak update entry dear?..
Izan Ishak said…
pandainya idlan. anak2 kecik mmg camtulah jaa... kalau dah sekali pegi kedai, lenkali mesti nak ajak pi lagi. sama je ngan anak2 izan pun... pantang di ajak ke kedai, mmg lajulah semuanya.