Home Organizing @ Susun Atur Sioca

June 06, 2013

Salam semua...

Tinggal beberapa bulan jer lagi saya akan berpindah masuk ke rumah baru. Tak sabar rasanya. Sekarang ni mood tengah mencari kotak-kotak untuk membungkus barang. Dalam masa yang sama, saya dah mula intai-intai blog berkaitan susun atur (organizing). Mula-mula sekali saya terjumpa blog Aku Bukan Bidadari. Dari situ, saya mula menjejakkan kaki ke blog luar negara iaitu IHeart Organizing. Fuh, kalau korang tengok cara dia susun atur rumah dia, memang mantap. 

dan saya mula bercita-cita nak buat satu bilik playroom untuk anak-anak macam ni (lebih kurang la)


dan lepas tu, biras saya ada bagitau yang dia terjumpa blog orang kita yang juga suka susun atur ni tapi dia takde plak bagi link blog orang tu, so saya google dan mula terjumpa beberapa blog lain yang berkaitan. Tapi antara yang saya jumpa tu, blog ini yang menjadi rujukan saya sebab dia ada beberapa link blog susun atur yang lain dalam blog dia. Blog yang saya maksudkan adalah blog ini

(klik banner untuk ke blog asal)

Banyak juga info baru yang saya dapat dari blog ini terutama sekali berkaitan Kitchen Cabinet (KC). Contohnya macam dalam ENTRI ini. Sebenarnya kalau di pejabat kita amalkan 5S kan, jadi susun atur @organizing ni guna konsep 5S tu jugak la. So, bagi ibu-ibu yang rajin nak transform rumah korang jadi lebih baik, korang boleh rujuk ke blog Susun Atur Sioca

Yang penting, untuk buat susun atur ni korang tak perlu ada barang yang mahal untuk ubah apa-apa. Buat setakat yang termampu jer.

Ops, lupa nak bagitau, sekarang ni Susun Atur Sioca tengah menjalankan Giveaway.. Hadiah dia menarik tau. Nak tau apa dia? Ha, inilah hadiahnya...


Tak nak ker? Kalau nak join, korang boleh klik banner di atas ni k.

Ok, selamat ber'organizing'...





You Might Also Like

8 comments

  1. susun atur socia ni kalau tak silap ownernya nama fizah, mmg rajin btl susun atur rumah dia simple dan cantik...

    ReplyDelete
  2. hoyeahh..!! jom reramai berorganizing JOM!! ;D

    ReplyDelete
  3. wah..selamat berpindah ke rumah baru,..kalau rumah baru mesti teruja nak menghiaskan

    ReplyDelete
  4. teratur...nampak kemas...seronok sikit tengok...tapi nama nak buat 5s..memang lemah...nak buatnye lama...nak menyepahnye kejap je

    ReplyDelete
  5. seronok bila dh ada rumah sendiri boleh la deco2.sy baru nak apply rumah sendiri.tak tau la lepas ke tak.dok kuarters ni takde mood pun nak mendeco.hiks

    ReplyDelete
  6. jaa nk pindah kat mana

    ReplyDelete

jangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...

Instagram