period selepas setahun lebih bersalin
September 28, 2011salam semua....
Akhirnya, selepas setahun 2 bulan saya period semula… erm, sebenarnya sejak saya abis pantang awal tahun ni saya x period2 pun lagi... orang lain abis pantang terus jer diorang period... mula2 2, saya risau jugak... so, saya tanya pada kakak2 saya... salah sorang daripada kakak saya bagitau dia pernah x period selama 8 bulan... tp dia fully breastfeeding... so, xde masalah la... tp saya ni, dh campur susu...
lepas setahun saya x period, saya mula ler risau... normal ker saya ni? saya cadang nk jumpa pakar tp kebetulan, saya ada beli majalah Pa&Ma bulan 9 tahun ni... ada satu soalan daripada pembaca dalam ruangan Sihat Segar mintak pandangan pakar... dlm hati saya kata:
" ada jugak orang yg mengalami masalah macam aku rupa2nya? erm, nasib baik dia dh tanya, x perlula aku nk tanya lagi...heheh..."so, inilah jawapan dari pakar 2...
Tempoh keluar darah nifas akan berakhir lebih kurang 40-60
hari setelah melahirkan anak. Berakhirnya tempoh nifas menandakan keadaan organ
pembiakan seseorang wanita itu telah pulih.
Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akan
kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas
berhenti. Namun, sebahagian ibu mengalami kelewatan haid, adakalanya sehingga
bayi berusia 6 bulan, bahkan ada yang sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya
lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yang menyusui bayinya secara
eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal
lain. Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilkan hormon
prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya ovulasi atau haid.
Walau bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami masalah
kelewatan walaupun tidak menyusui bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan
hormon prolaktin ibu yang tinggi. Ada kajian menunjukkan 10-30% wanita
mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas
sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Gangguan ini disebut
hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, gangguan ini
bahkan menyebabkan amenorrhea, suatu keadaan bila ibu tidak mengalami haid
sepanjang tahun.
Sessetengah wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami
oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran
haid kurang daripada 21 hari). Peningkatan hormon prolaktin juga boleh terjadi
apabila ibu mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan.
Puan dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk membuat
pemeriksaan lanjut. Doktor biasanya akan melakukan serangkai pemeriksaan
seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG,
histeroskopi dan lain-lain. Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan
menstruasi tersebut doktor akan memberi supplemen zat besi dan ubat-ubatan
untuk mengatur keadaan hormon ibu. Selain itu, doktor juga mungkin akan memberi
puan ubat pencegah hamil untuk mengatur ovulasi yang terganggu dan melancarkan
putaran haid. Pemberian hormon progesterone juga boleh membantu mengatasi
masalah ini.
Alhamdulillah, pada 22 September baru ni, saya dah mula
period kembali… jadi pada mereka yg mungkin mengalami masalah seperti saya ni..
kalau masih belum period jugak, elokkan berjumpa pakar….
p/s: nasib baik saya period selepas Ramadhan, which mean
bulan posa tahun ini saya posa penuh menggantikan bulan posa saya tahun lepas
di mana saya x dapat berposa walau sehari disebabkan saya bersalin sebelum
Ramadhan….hehehe….
9 comments
Allah Jadikan manusia punyai kelebihan masing-masing... wah hebat jugak orag yg tak datang period nih... tah niah coz posa habis..
ReplyDeletek la tu dh period.. xyah risau lagi...
ReplyDeletenurul tak period 1 tahun setengah..skang dah period selang 2 minggu..huhu tensi.huhuhu
ReplyDeleteSy pon sama.... Ank dah 3
ReplyDeleteSemua mcmtu... x mai period smpai sthn lbh...
Dah period sekali, lps tu bersama ngn hubby, period sekali je... lpstu preggy lagik.... :)
Salam ank sy dah stahun 4bln tp blum period jgk.. Kdg2 prut rsa sakit sngt mcm nk datang period tp bla cek xdk apa pun...
ReplyDeleteAssalam sis, sy mempunyai anak yg berusia 1tahun 2 bulan..setakat ni saya belum pernah period lagi. Risau jugak. Anak sy BFeed time sy ada kat umah je..Kalau pegi keje anak minum susu tepung..
ReplyDeleteSaya pun mengalami mslh yg sma...sya bersalin bln 10 tahunlepas..bby dh umur 7 bln..msh gak blm period...
ReplyDeleteSy period lepas setahun 2 bln beranak. Period lama, sebulan lebih. Xsakit pn. Sy fully bf. Xnk pegi cek doktor, takut.
ReplyDeleteSy pn same ank da 1thn 3 bln tp sy blum dtg bulan...kdang ade rse skit prot mcm nk period tp xde pn....risau jgak ni
ReplyDeletejangan lupa tinggalkan jejak korang di sini yer...