Breakfast Day, Hari Lahir dan Rezeki dari Allah...

Salam semua,

hari ni masa dalam perjalanan ke pejabat, terdengar kat radio Sinar... rupa-rupanya hari ni adalah National Breakfast Day McDonald.. Milo pun ada jugak tapi tak perasan apa dan kat mana dia buat...so, sebaik jer tiba kat ofis terdengar sorang boss Chinese ni bagitau pasal promo McDonald hari ni.. dia siap suruh kami satu ofis pergi ambik burger free tu, ofis takpe.. dia boleh jaga..hahaha..

jadi saya pergila menyelit bagitau kat dia.. tak sangka plak hari ni Breakfast Day.. kebetulan plak hari ni birthday saya... bila dia dapat tau hari ni birthday saya.. terus dia nak belanja saya makan McDonald breakfast set... ya Allah.. saya cuma nak bagitau pasal Breakfast day tu sama hari dengan birthday saya jer... tak sangka plak dia nak belanja...

so, sorang lagi boss kata dia nak gi ambik.. jadi boss Chinese tu kirim kat dia utk belikan kat saya 1 set. Dan kebetulan takde orang yang nak teman dia gi beli, jadi saya teman la dia pergi... sampai kat McDonalds tu tengok dah ramai dah orang.. dan majoritinya Chinese..hehe.. dan yang peliknya yang datang tu majoritinya golongan berumur.. sempat la saya tanya sorang Aunty ni mana dia tau pasal promo McDonalds tu.. sebab tengok dia usung anak-anak sekali kan..dia bagitau dapat tau dari pasar..hehehe.. hebat betul...

so, saya order Sausage McMuffin untuk saya... 

yang burger Egg McMuffin tu saya ambil bagi kat opismate.. rezeki kena kongsi kan..hehe..

sampai ofis sambil-sambil makan, sambil-sambil tengok fb, balas ucapan Hari Lahir kawan-kawan, sempatla buka wassap.. tetiba nampak mesej dari Hubby tersayang... Dapat rezeki terpijak pagi ni.. alhamdulillah... seronoknya...tumpang gembira untuk dia...

Ya Allah, terima kasih atas segalanya... terima kasih atas rezeki yang Kau beri padaku hari ni... 



Comments

syawalsimpsons said…
alhamdulillah rezeki