Gagap ker?

April 02, 2015

Salam semua,

Dah lama tak up entri, hari ni baru teringat nak cerita kak korang... Sebenarnya baru-baru ni suami saya ada bertanya pada saya yang Idlan ni gagap ker? Tak pernah terfikir pun saya yang dia akan gagap sebab Idlan memang macam tu sejak tu.. saya ingatkan sebab dia tak pandai nak bercakap lagi... 

Jadinya sejak hari tu saya perhati jer percakapan dia.. dan ternyata dia memang gagap. Ada masa Idlan ada masalah nak sebut perkataan.. Dia macam susah nak lepaskan 1 perkataan tu... Kesian plak saya tengok dia macam semput jer nak bercakap..Ada masa lancar plak.. Tapi Idlan tak pandai lagi nak cakap laju-laju atau banyak-banyak.. kalau cakap laju-laju, mesti bahasa jerman yang kuar...Sebab tu saya tak pernah terfikir yang dia gagap...

Saya tak bawak dia gi jumpa Doktor lagi pasal hal ni.. sebabnya hubby cakap dulu adik dia pun gagap jugak..tapi bila dah besar ok jer, gagap tu hilang.. jadi saya tak la risau sangat..Tapi sekarang (ketika entri ni ditulis) saya mula risau.. macam mana kalau gagap dia tak hilang bila dia besar nanti? Perlu ker saya bawak dia jumpa doktor pasal ni? Saya ada terjumpa satu artikel pasal gagap ni... 

Antara tanda-tanda gagap ialah:

1) Multiple repetition
Dia akan berulang-ulang sebut perkataan tu. 
Contoh: ke-ke-kereta...
(Ini adalah tanda awal yang saya nampak ada pada Idlan.)

2) Prolongation
Dia akan memanjangkan bunyi perkataan tu.
Contoh:
Mmmmmakan...
(Yang ni pun ada jugak)

3) Ulangan perkataan
Contoh:
Idlan nak, Idlan nak, Idlan nak kereta tu...


Dan beberapa lagi tanda-tanda yang lain... Dalam artikel tu jugak cakap budak lelaki 3 kali lebih cenderung untuk gagap berbanding budak perempuan... erm, selama ni saya cuma tau pasal Autisme jer sebab anak sedara saya. Gagap ni takde dalam senarai la plak.. Walaupun gagap ni boleh pulih sendiri tapi ada 20% yang akan kekal gagap..erm, perlu ker saya risau sekarang? Adakah normal untuk budak usia 5 tahun gagap? Sebab sebelum ni saya fikir Idlan hanya tak fasih bercakap lagi...



You Might Also Like

6 comments

Instagram

Subscribe