Hari Sukan Taska Irsyad

Salam semua,

Hari Sabtu yang lepas berlangsungnya Hari Sukan di Taska Irsyad.. Pagi tu sepatutnya hubby yang kena bacakan doa..tapi disebabkan sampai lewat 10 minit, so orang lain la yang bacakan doa tu...
Asalnya nak buat kat padang tepi taska tu, tapi pagi tu mendung jer so pihak taska decide buat dalam bangunan jer... so boleh bayang ramainya orang macam mana?? 

Bila cikgu-cikgu tu cakap nak start jer saya terus keluar dari taska tu.. tengok dari luar jer.. tapi yang lain masih kat dalam...bila ramai-ramai camtu, budak-budak ni jadi takutla.. so, masa ni la start budak-budak ni nangis.. masa ni hubby yang dengan Irsyad.. so, masa hubby tinggalkan dia, memang dia tengah nangis.. jenuhla saya dok menyorok dari dia takut dia nampak dan lari datang kat saya.. oh, btw, sebenarnya cuma ada tiang-tiang pemisah jer.. bukan dinding.. so memang boleh nampak terusla kalau dok kat dalam tu...

erm, tengokla dia.. nangis abahnya tinggal dia..

dah sampai turn main game pun nangis lagi...

 cikgu bagi bola kat dia.. sambil pegang sambil nangis..

 ini dah sampai penamat..orang terakhir..tu pun cikgu yang tolong tolak dia.. tak lari pun..macam abang dia jugak.. masa ni nak jer saya berdiri kat garisan penamat.. tapi disebabkan ada tiang dan ruang yang sempit, tak dapatla nak buat camtu...dia pun tak nampak saya.. masa ni ada orang lain depan saya..kalau tak, memang dah jerit kuat-kuat panggil dia..haha

disebabkan kawan dia sorang terlepas bola, jadi dia dapat no 3...hehe.. ha, lepas ni la baru dia nampak saya kat depan dia..terusla dia nangis masa ni..sian dia.. kalau takde tiang masa tu, nak jer terus ambik dia masa tu..terpaksala cari jalan masuk dulu baru leh ambik..nasib baik cikgu tolong bawak dia keluar..

inilah muka budak yang lega lepas dapat jumpa mama dia..hehe..terus sibuk nak main handphone... lepas-lepas tu terus seronok bukan main... dah jumpa abang Idlan dia, dah ada geng nak main... sukan ntah ke mana dah...hehe..lepas tu kami lepak-lepak jer dalam taska sementara tunggu cabutan bertuah.. tapi sampai last, memang kami tak dapat apa-apa pun..hehe.. memang tak bertuah..Irsyad walaupun yang terakhir, dikira sebagai pemenang.. tapi sepatutnya dia dapat tempat ke3.. ntah camner cikgu dia ertukar kot.. dia dapat tempat ke2.. terkejut masa dia panggil untuk ambik hadiah tu...tak sempat nak bagitau cikgu dia ada kesilapan di situ..






Comments

syawalsimpsons said…
seronok irsyad yee