period selepas setahun lebih bersalin

salam semua....


Akhirnya, selepas setahun 2 bulan saya period semula… erm, sebenarnya sejak saya abis pantang awal tahun ni saya x period2 pun lagi... orang lain abis pantang terus jer diorang period... mula2 2, saya risau jugak... so, saya tanya pada kakak2 saya... salah sorang daripada kakak saya bagitau dia pernah x period selama 8 bulan... tp dia fully breastfeeding... so, xde masalah la... tp saya ni, dh campur susu... 

lepas setahun saya x period, saya mula ler risau... normal ker saya ni? saya cadang nk jumpa pakar tp kebetulan, saya ada beli majalah Pa&Ma bulan 9 tahun ni... ada satu soalan daripada pembaca dalam ruangan Sihat Segar mintak pandangan pakar... dlm hati saya kata:


" ada jugak orang yg mengalami masalah macam aku rupa2nya? erm, nasib baik dia dh tanya, x perlula aku nk tanya lagi...heheh..."
so, inilah jawapan dari pakar 2...


Tempoh keluar darah nifas akan berakhir lebih kurang 40-60 hari setelah melahirkan anak. Berakhirnya tempoh nifas menandakan keadaan organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih.

Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid ibu akan kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti. Namun, sebahagian ibu mengalami kelewatan haid, adakalanya sehingga bayi berusia 6 bulan, bahkan ada yang sampai 12 bulan. Keadaan ini biasanya lebih diakibatkan oleh keadaan hormon ibu. Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif sering kali tidak mengalami haid sehingga bayi mengambil makanan pejal lain. Ini terjadi kerana selama ibu menyusukan bayi, badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya ovulasi atau haid.

Walau bagaimanapun, ada juga ibu yang mengalami masalah kelewatan walaupun tidak menyusui bayi mereka secara eksklusif kerana kandungan hormon prolaktin ibu yang tinggi. Ada kajian menunjukkan 10-30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Gangguan ini disebut hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, gangguan ini bahkan menyebabkan amenorrhea, suatu keadaan bila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun.

Sessetengah wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari). Peningkatan hormon prolaktin juga boleh terjadi apabila ibu mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan.

Puan dinasihatkan agar berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Doktor biasanya akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan lain-lain. Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan menstruasi tersebut doktor akan memberi supplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk mengatur keadaan hormon ibu. Selain itu, doktor juga mungkin akan memberi puan ubat pencegah hamil untuk mengatur ovulasi yang terganggu dan melancarkan putaran haid. Pemberian hormon progesterone juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

Alhamdulillah, pada 22 September baru ni, saya dah mula period kembali… jadi pada mereka yg mungkin mengalami masalah seperti saya ni.. kalau masih belum period jugak, elokkan berjumpa pakar….

p/s: nasib baik saya period selepas Ramadhan, which mean bulan posa tahun ini saya posa penuh menggantikan bulan posa saya tahun lepas di mana saya x dapat berposa walau sehari disebabkan saya bersalin sebelum Ramadhan….hehehe….




 

Comments

Zie said…
Allah Jadikan manusia punyai kelebihan masing-masing... wah hebat jugak orag yg tak datang period nih... tah niah coz posa habis..
IntaNBerliaN said…
k la tu dh period.. xyah risau lagi...
nurul tak period 1 tahun setengah..skang dah period selang 2 minggu..huhu tensi.huhuhu
Anonymous said…
Sy pon sama.... Ank dah 3
Semua mcmtu... x mai period smpai sthn lbh...
Dah period sekali, lps tu bersama ngn hubby, period sekali je... lpstu preggy lagik.... :)
Anonymous said…
Salam ank sy dah stahun 4bln tp blum period jgk.. Kdg2 prut rsa sakit sngt mcm nk datang period tp bla cek xdk apa pun...
eamy milea said…
Assalam sis, sy mempunyai anak yg berusia 1tahun 2 bulan..setakat ni saya belum pernah period lagi. Risau jugak. Anak sy BFeed time sy ada kat umah je..Kalau pegi keje anak minum susu tepung..
Siti norhayati mahdi said…
Saya pun mengalami mslh yg sma...sya bersalin bln 10 tahunlepas..bby dh umur 7 bln..msh gak blm period...
Anonymous said…
Sy period lepas setahun 2 bln beranak. Period lama, sebulan lebih. Xsakit pn. Sy fully bf. Xnk pegi cek doktor, takut.
iris ej said…
Sy pn same ank da 1thn 3 bln tp sy blum dtg bulan...kdang ade rse skit prot mcm nk period tp xde pn....risau jgak ni