akhirnya merasa jugak saya makan durian crepe!!

November 30, 2012


salam semua...

masa lunch tadi, rakan-rakan ajak pergi MAHA. maklumler dekat jer dengan ofis kami ni, so apa lagi haruslah terjahkan... kalau nak pergi dengan hubby nanti, kena bawak anak-anak plak.... tujuan utama rakan-rakan nak pergi MAHA sebenarnya nak cari durian crepe... saya plak sebenarnya memang nak jalan-jalan kat situ..sebab saya tak pernah lagi tak pernah pergi MAHA ni.... memandangkan hubby pun hujung minggu ni sibuk..so, saya pergila dengan diorang...

cari punya cari tak jumpa, sekali kawan saya terpandang ada seorang perempuan ni beli durian crepe, terus dia tanya kat mana orang tu beli.. lepas jer tau kat mana, kami semua terus ke kedai tu memandangkan masa dah suntuk... sebaik jer sampai, tu dia, beratur panjang la plak... malas la saya nak beli.. tapi kawan saya nak jugak, so dia la yang beli.. tapi dia cakap boleh la share dengan saya... so, dapat la saya merasanya...


dapat 3 biji.. sebab 6= RM10, so sorang RM5 la.. sebabnya saya nak rasa jer pun... dah ramai yang dok cucuk-cucuk kata sedap, saya pun nak try la kan...


ha, ni dalam dia.. nak tau tak.... sedap la... mungkin sedap durian tu kot.. tapi memang sedap...macam tak cukup jer 3 biji..haha tu pun saya simpan satu untuk bagi hubby rasa....2 lagi dah selamat dalam perut saya.. hahaha
 

You Might Also Like

8 comments

Instagram

Subscribe