Demam dah 5 hari..


salam semua,

Masuk hari ni dah 5 hari Irsyad demam. Kejap suhu badan dia ok tapi masa tidur, suhu badan dia naik balik. Naik bukan sikit-sikit, sampai 39-40. Hai, mana tak risau. Bila naik macam tu, mula la saya tepek-tepek kain basah kat badan dia. Tapi bila kena jer kain basah tu, Irsyad pun mula nangis. Sejuk kan, kesian tengok dia. Dan bila saya nak mandikan dia lagi la dia nangis. Boleh nampak betapa fobianya dia dengan air masa ni. Kesian tengok dia.

 Masa mandi petang semalam, hubby yang siram dia. Saya pulak masa tu pegang dia. Kalau sebelum ni saya sendiri yang mandikan dia memang saya tahan jer tengok dia menangis. Tapi semalam  bila tengok dia menjerit bila kena air, sayu hati. Tangan dia mencari-cari saya mintak dipeluk. Sedih sangat masa tu. Terus cakap kat hubby, "cepatla mandikan dia". Tapi hubby kata "mana boleh, kena mandi lama-lama, bagi panas tu keluar". Huhu, memamgla, tapi tak tahan tengok dia menangis macam tu. So, terpaksa la saya tahan tengok dia mandi. Lepas mandi terus saya balut badan dia dengan tuala. Tak sangka, tak sempat saya bagi dia pakai baju, dia dah tidur.

 Ini gambar pagi ni. Saya biarkan kain basah tu atas kepala dia sebab coolfever dah habis. Lagipun, demam dia naik masa dia tidur.

Ini ubat yang baru saya ambik malam semalam. Kalau hari Khamis lepas Doc hanya bagi ubat demam dan ubat selsema, kali ni Doc bagi ubat ni semua. Ubat demam (telan dan untuk masuk punggung), ubat selsema, antibiotik dan ubat batuk. Em, nak ke dia makan semua ni. Ubat demam yang sebelum ni pun jenuh nak bagi. Erm, semalam Doc cakap tonsil dia dah bengkak. So, kali ni dia dapat antibiotik sekali. Harap-harap hari ni demam dia kebah.

p.s:      Doakan dia cepat sembuh yer.... Amin.

Comments

syawalsimpsons said…
si izz ni pon baru sangat2 lepas elok demam...baru semalam ok...jaa try la cari daun bunga raya...buat mandi N lepas tu tumbuk2 sampai kuar lendir, pas tu lumur kat kepala N badan dier...sue buat kat izz mlm sabtu tu jam 10.30pm...sue lumur la sampai tak berenti, dah kering sue tambah2 kat kepala..lepas tu kat ketiak dier pulok...menjerit jugak la bila tak selesa...pastu mandi lagi mlm, melalak tak yah kata la..pastu lumur lagi...pastu alhamdulillah jam 3.00am dah tak panas badan dier..sampai ke pagi elok je dah..alhamdulillah semalam dah tgk dier senyum main elok2
are chik said…
ala cian nye kt dia..teruk jga dia demam nie..hang sabar byk2 ye.. kena kuat k..
maria firdz said…
Moga cepat sembuh... Jelum dgn air asam jawa.. Insha Allah pnas kuar nnt..
Lyeen De Syifa said…
kesian dia...smoga baby comel ni cpt sembuh..aamin.
get well soon idlan..
tips ni cuba try la
cuba bagi dia minum air kelapa sikit
then masa nak bagi ubat tu
tutup idung dia bgi mulut nangna tuk masukkan ubat
antibiotik tu tuk ape?!
tonsil dia bengkak ke>? ke kuman dah masuk paru2..
jenuh jaga anak tak sihat ni..
sabar ye mak nya..

Haryati Faizal said…
semoga anak cepat sembuh ye...
watyz said…
sian nye dia.. moga cepat sembuh yer... :)
Masya said…
alahai sampai mcm tu sekali dia demam, nak ringankan badan agaknya...