Persiapan raya

July 23, 2014

salam semua...

mesti korang semua mood nak raya kan sekarang? samala.. saya pun.. hari ni baru Rabu.. tapi Ya Allah, hati dah kat kampung dah ni... tinggal esok jer sehari lagi saya kerja.. pastu kami akan balik kampung.. tak sabarnya...

by the way, percaya tak.. kami sekeluarga belum sempat nak gi beli baju raya lagi...sebabnya hubby sibuk sangat dengan aktiviti kat tempat kerja... malam semalam sibuk dengan program jamuan berbuka puasa di tempat kerja dia.. malam ni plak sibuk nak melapah lembu untuk dijual.. maklum ler.. orang kerja kat ladang...walaupun dia kerja bahagian tanaman.. tapi bila part-part macam ni, dia kena la tolong jugak..

seperti biasa la kot, rasanya balik kampung nanti, hopefully jumaat tu sempat la saya gi shopping kejap.. tu pun kalau hubby tak penatla..sebabnya kami nak balik malam esok lepas terawih...sampai ke Parit Buntar mungkin dekat-dekat sahur...dan kalau malam ni dia melapah lembu pun, nampak gaya sahur/subuh esok la baru balik rumah... kesian plak dia tak cukup rehat...

erm, tapi tula.. kalau tak sempat jugak.. takdela baju baru kami tahun ni....huhu..mama dan abahnya tak kisah la kan.. tapi kesian plak kat budak-budak tu...nak tak nak kena gi cari jugak untuk diorang....

p.s: moga-moga dipermudahkan segala urusan...

You Might Also Like

5 comments

Instagram

Subscribe