bakal dikelilingi oleh sifu-sifu Bahasa Inggeris


salam semua...

korang tau kan yang saya baru jer berpindah ke pejabat baru.. sebenarnya pejabat ni adalah pusat untuk meningkatkan bahasa inggeris... pusat ni baru jer ditubuhkan so kat opis ni staf pun baru 3 orang.. tak termasuk pihak pengurusan la.. dan ada 9 orang guru bahasa Inggeris yang ditempatkan di sini.. so, boleh dikatakan penggunaan bahasa Inggeris di pejabat ini adalah 98% (2% tu untuk saya dan sorang rakan saya..hehe)

dan mulai Januari 2013, akan ada lagi 50 orang guru bahasa Inggeris yang akan ditempatkan di sini.. diorang semua speaking tapi bila nak bercakap dengan saya diorang cakap Bahasa Melayu... saya boleh la nak speaking tapi tak boleh la nak laju-laju macam diorang... tergeliat lidah wei...nak-nak pulak grammar saya teruk..lagipun sebelum ni penggunaan bahasa Inggeris tu pun ada tapi setakat bercakap dengan pelajar luar negara jer pun.. so, takpela kalau tunggang terbalik kan.. ni dengan diorang.. mau jadi bahan la jawabnya...

tapi peluang macam ni tak semua orang dapat... sebenarnya dari dulu lagi saya berhasrat nak meningkatkan tahap bahasa Inggeris saya.. cuma takde geng nak berbual dalam bahasa Inggeris..semua malu-malu alah..hehe.. dan saya sanggup pergi ke kursus bahasa inggeris sorang-sorang walaupun takde kawan nak teman...dalam hati ada rasa macam nak start buat entri in english tapi saya segan.. takut ada salah grammar.. erm, agak-agak kalau saya buat entri yang banyak kesalahan grammar, korang akan betulkan tak ek? jangan gelak tau.. betulkan takpe..hehe

Comments

Mimie said…
hahaha...mcm sy nih kalo baca BI dan dnga org cko BI saya faham tapi bila nak speaking tuh sama macam jaa...tergeliat...sikit2 leh la
sal ya said…
buat je la. untuk improve BI. tak ada salahnya pun.
Myra Jay said…
Okla tu, peluang untuk memantapkan diri :D
NoEn said…
bagus la mcm tu...environment memainkan peranan tau...masa belajar dulu lg ok BI sy berbanding dgn skrg...huhu
watyz said…
salam singgah... best tu ble blajar bahasa inggeris percuma... :)
Tihara said…
cuba je buat entry BI..nanti dah laam2 kerja dengan diorang mesti makin expert :)
Izan Ishak said…
bestnya jaa...boleh je kalau nak buat entry BI pasni.
emma said…
buat je, nt lame2 mst expert :)
QasehnyaRania said…
bila lagi nak gunakan.
xlist cuba.selang seli la buat n3 bi n bm. in shaa ALLAH